Saturday, April 30, 2011
kokomas,,,, tq kak as (^__^)v
Friday, April 29, 2011
jom main2.... (@__@!)
2 3 ari ni bermacam2 dugaan yang ditempuhi... kerja 1 hal... bab tuttttt 1 hal.... tuttttttt ~ nak tau ke ape? bab dengki mendengki ni la citernya. saya jadi takut plak. dalam tahun 2011... dlm era membangun ni ada lagi kes2 main belakang ni (ni bkn mcm kes ttuuutttt plak erk)... ni kes alam ghaib. ye para ibu bapa sekalian... ni saya nak nasihat erk.... jgn sesekali percaya orang sgt erk. sbb manusia ni bnyk muka. depan lain, belakang pun lain. excuse me.... ni saya bercakap disebabkan pengalaman. yehaaaa.............. last2 kita jmp di alam ghaib. rupanya.... tetttttt....... dia nak kita mati, sebab ape, sebab sakit hati dgn kita yang secara ikhlas menasihati dia ke jalan yang benar. hahaha~ Ya Allah, Kau tunjukkanlah dia jalan kebenaran. Kau sedarkan lah dia. Kau tutupkanlah hatinya untuk berbuat kejahatan sesama manusia.
Ye kawan2... anda faham x cerita saya? x faham? hahahahaha.... ni kes bomoh bomoh la. x puas hati punya pasal.... xnak cakap depan2 tapi main bomoh2 plak. sakit hati x? seksa tau x..........
to si polan polan..... kalau rasa x puas hati, cakap depan2...jgn main bomoh2 erk. saya pikir anak anda masih bersekolah jerk. tapi, jgn ingat saya mudah melupakan dan memaafkan.... tapi.... anda dalam perhatian saya. JAGA2 ADA YANG MEMERHATI.... hahahaha.....
Monday, April 25, 2011
sakit gigi....... (T__T)
kalau di KL, saya akan pergi klinik di Sri Gombak. klinik tu atas BSN (kalau x silap saya la... ingat2 lupa). doktor dia LELAKI MELAYU. tapi, bukan nak cerita dia lelaki ke, dia melayu ke... tapi, services dia tu. sgt2 bagussssssssssssssssssssssssssssss............ memang bagus sgt. saya suka pergi klinik tu. doktor dia baik, dan kita xkan perasan dia dah cabut gigi kita@x sakit pun dia cabut gigi tu. siyesssss!!! betul. sedang asyik dengar dia bercerita, tetiba kita sedar, dia cakap, ' ok! selesai.'.... pergh.............................. bagus betul doktor tu. terus saya suka klinik tu. kalau saya sakit gigi, confirm, klinik tu saya pergi.
kat seremban ni.... di mana saya nak pergi erk? ada sape2 boleh rekemen kan? heheheh...... tolong saya!!!!! Please......................
khas untuk en suami......
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.
Saturday, April 23, 2011
Hot! Tension! Marah!.....
anda penyebab saya pernah mengalirkan air mata... bukan air mata sedih kena tindas ke, kena sedih ke... tapi, disebabkan air mata MARAH saya. sampai bila anda mahu jadi 'duri dalam daging'??? sampai bila anda mahu memporak perandakan budak2 projek. cukup lah, kami ni meng re-engineering (bahasa CM ok!) semua benda. sampai budak2 projek dah pening kepala nak jimatkan cost (sebab harga yang ada harga maut)..... nak tutup semua kesilapan yang ada. cukup la tu. mungkin budak2 projek ni nampak macam cikai aje di mata anda, tapi.... hakikatnya kami budak2 projek membanting tulang bertungkus lumus memastikan semuanya nampak perfect.... sebab ape? sebab itu tanggungjawab kami. tanggungjawab memastikan kami membersihkan semua 'taik-taik' yang anda tinggalkan, kami bersih kan.
saya...... dan budak2 projek, InsyaAllah,akan memastikan anda takkan berjaya lagi. itu janji kami.
Thursday, April 21, 2011
suka suki
1.apakah benda yg plg pntg dlm hidup kamu?
benda erk? hurm....... xtau nak cakap la. maybe kete kot. benda ni susah ckit nak jawab. kalau apr yg paling penting dlm hidup, saya nak jawab.... family, en suami..... :)
Petang semalam, saya singgah Triang, isi minyak kete. Tu je la kot, bendanya.
3.di mana kah tmpt impian perkahwinan kamu?
Kalau boleh nak tepi pantai... tapi, akhirnya dapat tepi sawah padi. okay la tu kan?
4.berapa lama hubungan kamu berkekalan?
dengan en suami paling lama.... rasanya nak dekat 7 tahun lebih. akhirnya, bersatu juga.
5.adakah anda sdg d lamun cinta?
Setiap hari saya di lamun cinta... Alhamdulillah.
6.di mana restoran akhir kamu mkn mlm?
Tadi la.... Restoran Ribena kot. dekat Paroi.
7.namakn buku trakhir yg kamu beli?
Novel la. Selasa minggu lepas. Tapi... x ingat tajuk ape.
8.Nama penuh anda
Norsalmiza Binti Muhamad
9.kamu lebih senang dgn ayh atau emak?
Kalau nak minta ape2... dengan abah. Tapi, kalau nak huhahuha... dengan ma.
10.nama kn seorg yg kamu ingin jmpa dalam idup kamu?
Buat masa ni... en suami yang jauh di mata.
11.sebut kn nama 8 sahabat yg agak rapat dgn kamu?
8? Alamak, 1 pun saya susah nak bagi.... tapi, InsyaAllah... sahabat saya... Angah (Nur Hafieza Fazura)
12.adakah kamu mencuci pakaian sndirik?
Yep.. guna mesin basuh..
13.tmpt yg paling seronok yg kamu ingin pergi?
Teringin pergi pantai bersama orang yang tersayang..
14.butir kn 5 perkara tntg org yg tag kamu..
tak tahula..
15. 8 perkara yg saya gilai..
Blog, Kereta, Nak g Labuan, Kasut, Facebook, Laptop, Cokelat dan TV
16.pelukan atau ciuman?
Dua2...
17. 8 buah buku yg plg baru d baca?
Baru habis baca 1 novel,tak ingat tajuk novel tu..
18. 8 lagu yg kamu boley dgr berulang kali?
Lagu terbaru dari...... entah la.
Rasa Ikhlas dalam Percintaan
bila difikir-fikir kan balik.... itu hanyalah satu cerita dan mungkin bagi saya satu simbolik untuk menunjukkan kelemahan dan kekurangan kita. setiap orang tidak sempurna bukan? mesti ada kelebihan dan kekurangan... dan itu adalah pengorbanan apabila si lelaki menerima semua kelemahan yang ada.
kawan-kawan, kita semua ada kelemahan dan kekurangan kita. begitu juga dengan saya.... saya ada banyak kelemahan. tapi, Alhamdulillah.... en suami menerima saya seadanya. semua kelemahan saya seperti menjadi kelebihan saya di mata en suami. terima kasih en suami. saya sangat-sangat menghargainya. mungkin tidak nampak cara saya menghargai tu.... (sebab utama nya memang saya x pandai menonjolkan cara penghargaan tu) tapi... siyes. I Love U so much... InsyaAllah.... untuk selamanya.
Tuesday, April 19, 2011
:)
Friday, April 15, 2011
Adakah Kita Bertemu Dengan Orang Yang Salah? | iluvislam.com + discover the beauty of islam
saya cuma terfikir ajer..... sbb saya rasa kalau dulu saya tak berfikiran matang, mungkin saya x sebahagia sekarang. terima kasih en.suami, sbb saya sgt bahagia sekarang. so, utk kawan blog dan anda2 semua.... fikir dan fikir. ni satu link, saya bagi untuk anda2 semua renung2 kan dan amik iktibar.
Adakah Kita Bertemu Dengan Orang Yang Salah? | iluvislam.com + discover the beauty of islam
aktiviti sosial
selasa lepas, dapat msg dr GM.... 'saya dah booking tmpt tuk main badminton esok malam dr koi 8 sampai koi 11. MAIN SAMPAI MUNTAH. tapi, janji khamis masuk kerja'. hahahaha..... alamak!!!!!
so, seperti dijanjikan, ari rabu tu (malam yer), lepas penat bekerja di site, kami lepakking minum (budak projek, mmg lepas kerja suka melepak).... siap2 tukar baju terus g Kompleks Belia Dan Sukan Seremban.... dan mula la.... bermain. yang ada, saya, hafiz, cik shima (GM), najihah (adik GM), amai dan syam. main sampai nak muntah. dan lebih kurang koi 9.30 hasnol (PA boss) sampai. so, main ganti2 yer. dan x lama plak tu big boss dtg. tapi, big boss g jenjalan jer... dia jalan-jalan jer. bg badan panas. ffuh!!! nak menghabiskan sampai koi 11 tu, rasa mmg betul2 nak muntah. tapi, mmg syok giler. hilang smua tekanan. lalalala.... next time blh main lg. kan????
* aktiviti yang dah lama ditinggalkan ni. ni nak kena main balik ni. nak ilangkan lemak2 tu. hahahaha......
Thursday, April 14, 2011
cemburu?????
menyampah
cemburu
sakit hati
1 + 1
jadi
macam-macam dah jadinya
aku rindu dia
aku sayang dia
tapi kami jauh
aku cemburu
aku sakit hati
aku menyampah giler
geram
tapi
pada siapa aku mahu luahkan
rasa hati ini
rasa sedih aku
jika
aku marah
maknanya aku marahkan penciptaku
keadilan dunia
manekah keadilan dunia
huh!!!
jangan mengharap duniawi ini
hakiki nya
aku mengharap kepadaNya
dengarlah pintaku
hanya Kau dan aku
Wednesday, April 13, 2011
(@__@!)
# nak ucap tahniah kepada adik ipar saya, sbb bakal jadi ayah x lama lagi. tahniah yer dik. take k...
Friday, April 8, 2011
Bro!
Then, ni kalau kat roundabout plak kan.... please la yer. tlg la bertolak ansur ckit erk.... dah tau roundabout tu sekangkang kera kan.... bertolak ansur la ckit. nak yang hebat g la s.alam kan? belajar dulu kat sane.... tgk mcm mane nak kuar dari roundabout tu yg sebetul2 nya. jgn pakai kuar jerk. k? sakit hati betul la.....
Thursday, April 7, 2011
sakit kepala
rasanya kitaorg ni dah keje macam orang giler dah.... tgk pun dah mcm nak jadi sewel dah. hahaha.... siyes. mcm ni la kami kerja. agak2 korang la, kalau ada 4 projek, tapi 3 tu bermasalah.... pening tak kepala korang? semua nya mcm terabur..... nsb baik la smua la hardcore. lantak la nak ckp ape, asal kerja kitaorg siap, dah la. cepat2 la siap semua kerja ni.... boleh la g Labuan jumpa en suami.
k la allz..... saya nak sambung balik buat kerja ni.
duri dalam daging
orang macam ni la paling bahaya tau. depan 'kawan' belakang 'lawan'.... macam s**an plak kan? hahahaha..........
sakit hati gila ni.... mane la bro tu kan? menyuruk kat ner ha? hurm........................
Wednesday, April 6, 2011
Kalau la saya.....
2) Kalau la saya bukan JURUTERA ~ kemungkinan besar..... saya akan jadi CIKGU.
3) Kalau saya tak duduk Seremban sekarang ~ saya akan terus menetap di Wangsa Maju Seksyen 2. hurm..... duduk di rumah flat No. 5*. tetttt............... bukan sebab rahsia tau, tapi sebab dah lupa. hahahaha..... poning kepalo den. semua bondo dah lupo ni!!!!!
4) Kalau la saya free sekarang ~ saya rasa saya nak tido
5) dan Kalau saya betul-betul nak ada baby dah ~ Alhamdulillah.... sangat2 bersyukur. doakan yang terbaik buat saya yer........
1 cerita kelakar
Monday, April 4, 2011
kerja
datang ke tempat keje, keje dah berbukit. claim o0o claim.... banyak nye. hahahaha....... asyik main kira2 je aku ni. ari ni, semua kene settlekan semua. esok sampai khamis, nak ke Bera. Jumaat ke Melaka. O0h.... outstation.
Saturday, April 2, 2011
ari sabtu yang terbaik....
semalam, ma dgn abah dtg.... wah! semalam saya makan sup tulang. (shedap! air tangan ibu tu..... memang yang terbaik)
En. Suami dah balik Labuan.... oh! sedihnya. cepat la minta posting en.suami. sian saya duk sorang2. shedih sgt!!!!!! Biu....................