Thursday, April 21, 2011

Rasa Ikhlas dalam Percintaan

Pemuda Yang Ikhlas Dengan Cinta | iluvislam.com + discover the beauty of islam
<<< sila lihat link >>> saya sangat terharu dengan cerita ini.... sangat2 mengharukan. adakah begitu dugaan saya? dugaan kamu semua? semua orang mempunyai dugaan yang berlainan. ini hanyalah dugaan tentang rasa cinta kita..... menariknya di sini, adalah bila si lelaki seorang 'pejuang' sama macam en suami saya. cuba diterbalikkan bila si lelaki cedera dan menjadi seperti si perempuan tadi, adakah si perempuan boleh menerima keadaan lelaki tersebut? hurm.... susah untuk membuat tafsiran.

bila difikir-fikir kan balik.... itu hanyalah satu cerita dan mungkin bagi saya satu simbolik untuk menunjukkan kelemahan dan kekurangan kita. setiap orang tidak sempurna bukan? mesti ada kelebihan dan kekurangan... dan itu adalah pengorbanan apabila si lelaki menerima semua kelemahan yang ada.

kawan-kawan, kita semua ada kelemahan dan kekurangan kita. begitu juga dengan saya.... saya ada banyak kelemahan. tapi, Alhamdulillah.... en suami menerima saya seadanya. semua kelemahan saya seperti menjadi kelebihan saya di mata en suami. terima kasih en suami. saya sangat-sangat menghargainya. mungkin tidak nampak cara saya menghargai tu.... (sebab utama nya memang saya x pandai menonjolkan cara penghargaan tu) tapi... siyes. I Love U so much... InsyaAllah.... untuk selamanya.http://www.emocutez.com

No comments:

Post a Comment

Korang... meh la tinggalkan comment. nanti saya comment entry korang plak. ^___^ tq.