Amri bangun lalu berjalan ke kanan dan kiri. Entah kenapa malam ini dirasakan berlainan seperti malam-malam sebelum itu. Wajah Amiza terbayang-bayang di fikirannya.
“Argghhhhh…..apa yang tidak kena dengan aku ni? Kenapa aku terbayang-bayang muka budak kampung tu? Selalunya, tak pernah macam ni. Hurm………”ujar Amri.
Amri terbayang-bayang senyuman dan lesung pipit Amiza. Baginya, gadis pendiam tersebut bukan seperti gadis-gadis yang pernah didampinginya. Walaupun tahu dia anak kepada Dato’ Amirul, Amiza tidak pernah terhegeh-hegeh ingin mendampinginya. Selalunya Amiza hanya duduk diam di dalam kelas. Apabila mata mereka bertentang, Amiza akan menundukkan mukanya.
“Arggghhhhhh…..aku benci dengan rasa ini,”marah Amri dan menumbuk meja study nya.
*****
“Ekau berlajar boto-boto. Jangan plak ekau terpengaruh dengan perkara yang tak elok kat banda tu. Ayah dan ibu akan sentiasa mendoakan ekau kek sano. Jangan tinggal solat,”kata-kata Dzulkifli kepada Amiza.
Nasihat itulah yang sentiasa diingati oleh Amiza. Selain daripada wajah kedua ibubapanya, Amiza juga selalu teringatkan Mohd Helmi, seniornya sewaktu di SMK Seri Muda. Mohd Helmi selalu memberi nasihat dan kata-kata peransang kepadanya ketika dia hampir berputus asa dengan pelajarannya. Kini, Mohd Helmi sedang menyambung pelajarannya di UiTM juga tetapi dalam bidang yang berlainan. Memang Amiza tahu yang Mohd Helmi ingin menjadi Jurutera Automotif. Itulah sebabnya Mohd Helmi mengambil bidang Kejuruteraan Mekanikal. Walaupun kelas mereka di dalam bangunan yang sama, tetapi jarang sekali mereka bertemu muka. Hanya seminggu sekali mereka akan meluangkan masa keluar bersama-sama.
Amiza merasakan hatinya telah terpaut sayang dengan Mohd Helmi, namun dek kerana adat dan perasaan rendah dirinya sebagai seorang perempuan, Amiza memendamkan saja perasaannya. Amiza hanya menyerahkan kepada jodoh dan takdir Ilahi.
Amiza menatap gambar Mohd Helmi yang telah dibingkaikan dan diletakkan di penjuru kiri meja study nya.
*****
“Pssssssttttt….. Pssssstttt…… Nama awak sape? Saya Khairul Amri.” ujar Amri.
Dia berbisik kepada Amiza. Hari ini, Amri duduk betul-betul di belakang Amiza. Dia bertekad hari ini, dia mesti mengetahui nama gadis kampung itu.
Mimi hanya tersenyum melihat karenah Amri. Siapa yang tidak kenal anak Dato’ Amirul itu, selagi dia tidak dapat apa yang dia mahu, dia akan tetap berusaha. Shidah pula mula mencubit-cubit manja paha Amiza. Amiza hanya menjelirkan lidahnya mengejek Am.
Tiba-tiba sehelai kertas melayang turun ke atas buku nota Amiza. Sah! Nota dari Amri.
“Cik Dzulaikha Amiza, assignment Structure awak ada dekat saya. Kalau nak, kena tunaikan syarat saya,”tulisan Amri memenuhi nota tersebut.
Terkejut Amiza membaca nota tersebut. Entah bagaimana assignment yang dipinjam oleh Pija, classmate mereka boleh berada di tangan Am.
“Wah!!Bala!”ujar Mimi.
“Mati kau Iza,”bisik Shidah.
Amiza sudah berpeluh. Dia membalas nota Amri dan menghulurkan ke belakang.
“Teman aku makan malam ni,”nota dari Amri selepas dia bertanya apa syarat yang harus ditunaikannya.
“Habis la kau,”ujar Shidah.
Hampir pitam Amiza membaca nota tersebut. Assignment tersebut perlu dihantar esok pagi. Amiza tahu, dia tiada cara lain selain bersetuju dengan syarat yang diminta oleh Amri.
p/s : (^__^) kesunyian di office....lalu saya merajinkan tangan meng 'upload' bab kedua.