Monday, June 6, 2011

C.I.N.T.A ~ Bab 3

Tepat pukul 8 malam, Amri sudah berada di luar pagar Kolej Mawar. Dia berdiri sambil memeluk tubuh di samping Honda City hitam miliknya. Kereta tersebut adalah hadiah hari jadinya yang ke-23. Walaupun Amri datang daripada keluarga yang berada, namun dia tidak pernah berasa bangga dan megah dengan kekayaan keluarganya. Dia senang berkawan dengan sesiapa sahaja. Namun begitu, sifat playboy nya tidak boleh diubah.

Dari jauh, dia nampak gadis tinggi lampai, berpakaian kemeja biru muda dan berjeans melangkah longlai menuju kepadanya.

“Assalammualaikum awak,”

“Waalaikumussalam awak. Jemput la masuk.”

Terkejut Amiza. Sangkanya, Amri hanya ingin makan di Dataran Cendikia yang berhadapan dengan Kolej Mawar.

“Awak nak bawa saya pergi mana? Bukan kita nak makan dekat sini aje ker?”

Am tersenyum melihat sifat lurus Amiza.

”siapa cakap kita nak makan dekat sini. Syarat saya, saya yang tentukan dekat mana sahaja saya suka. Masuk la dalam kereta. Cepat kita pergi, cepatlah kita balik.”

Amiza menjelirkan lidah tanda protes namun dia tetap masuk ke dalam kereta Amri.

Amri memandu dengan tenang. Dia tersenyum melihat karenah Amiza yang seperti terpaksa keluar dengannya. Amri tidak peduli asalkan dia dapat keluar dengan Amiza. Dia juga bertekad hanya dia sahaja yang layak membawa Amiza keluar. Dia tidak mahu lelaki lain mendampingi Amiza selainnya.

Sampai sahaja di hadapan kedai Sup Ani Utara, Amri memberhentikan keretanya. Dia melangkah keluar. Amiza mengikuti langkah Amri. Amri memesan set sup ayam manakala Amiza memesan set sup daging. Sambil menunggu hidangan yang dipesan sampai, Amri merenung wajah Amiza. Amiza berasa tidak selesa dengan renungan Amri. Dia menundukkan muka sambil tanggannya menguis-nguis sudu dihadapannya.

“Hurm… kenapa awak sombong sangat dengan saya erk?” Amri memulakan perbualan di antara mereka.

“Erk?”hanya itu yang mampu disuarakan oleh Amiza.

Amri tersenyum melihat respon daripada Amiza.

“Saya….Saya tak pernah sombong dengan sesiapa pun. Cuma..Cuma…Saya takut nak berkawan dengan orang seperti awak. Anak orang berada sedangkan saya hanya anak orang kampong.”ujar Amiza jujur.

“Erk….macam tu ke? Kenapa takut? Anak orang berada macam saya ni makan orang ke?”Tanya Amri.

Amiza ketawa mendengan soalan Am. Sebetulnya, dia tidak mahu dipandang serong oleh segelintir senior yang meminati Amri. Dia tahu, Amri terkenal di UiTM bukan hanya kerana dia anak Dato’ Amirul tetapi juga dikenali kerana Amri aktif bermain ragbi. Amri juga merupakan wakil UiTM dalam sukan tersebut.

Hidangan makanan mereka sampai. Amri dan Amiza makan sambil berbual-bual seperti mereka telah lama berkawan.

Selesai makan, Amri menghantar Amiza pulang ke Kolej Mawar dan memulangkan kembali kertas assignment yang perlu dihantar esok pagi.

2 comments:

Korang... meh la tinggalkan comment. nanti saya comment entry korang plak. ^___^ tq.