Saturday, August 27, 2011

Hari Ke-27 ^___^

Alhamdulillah, hari ke-27 sudah. mesti kebanyakannya da balik ke kampung kan? saya gak masih di office ni. T___T menyelesaikan smua kerja yang msih x selesai. sedey gler.... da 3 ari duk kat site, ari ni ada masa kat office. so, sblm mula kerja nak update entry jap.

ok.... sesiapa yg da mula nak bergerak pulang ke kampung tu, saya doakan semoga perjalanan anda tiada masalah dan selamat tiba di kampung memasing. penat, berenti rehat dulu... ^__^ jgn pentingkan diri sendiri. bertolak ansur.... ok?

hurm.... sekali lagi... entry terakhir b4 raya ni... saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI... MAAF ZAHIR & BATIN. mungkin kita tidak pernah bersua muka, tapi maybe ada kata-kata saya mengguris rasa anda semua. ^___^

Thursday, August 25, 2011

Surprise.....

x surprise lansung la en.suami... ^__^ sian dia. x pandai betul nak buat surprise. ok.. ok... ni adih untuk birthday saya pada 10/9/2011 akan datang. tapi, da 'ter'jumpa plak. ada ke patut en.suami letak kat celah-celah kain. confirm la, tetiap ari saya ni buka lemari baju nak cari baju tuk g keje. =__=!

wow.... thanks en.suami. saya sangat-sangat-sangat suka adiah ni. jam tangan.... ni perli ke ape erk? hahahaha.... saya mmg punctual kalau kerja, tapi dengan en.suami mesti terbabas. xtau kenapa... pastu, en.suami kan uniform... en.suami saya ni, cukup pantang kalau saya x tepat masa. minta maaf ye en.suami... suka hati saya dapat hadiah ni. ^_____^ senyum je. apa-apa pun, tahun ni saya bertuah sangat sebab raya bersama en.suami dan birthday pun dapat sambut bersama. Terima kasih Ya Allah.....

E-Kad


Assalammualaikum kawan-kawan......

Sempena bulan yang mulia dan penuh dengan keberkatan ini, saya, NORSALMIZA BINTI MUHAMAD serta en.suami MOHD ZULKARNAEN BIN ABD WAHAB mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri. Maaf Zahir & Batin....

Semoga tahun ini... lebih baik daripada tahun lepas dan lebih berkat hendaknya. InsyaAllah....

Hari ke-25.... ^__^

Alhamdulillah... hari ke-25 sudah selamat. InsyaAllah, lg 5 hari kita akan berHari Raya AidilFitri... wah, tak sabar rasanya. Hati mula rasa dup dap dup dap... nak bercuti. hehehehe.... best nya raya.

minta maaf ye kawan-kawan... da 2 ari x update entry. saya kena ke Bera, Pahang... settle kan kerja di sana. Alhamdulillah, buat smentara ni, boleh la bercuti dengan senang hati. suka sgt2....

OK..... en.suami da selamat sampai di sini pada 23/08/2011 hari tu. awal 2 ari dari sepatutnya. kalau tak, ari ni baru la terkedek-kedek nak amik en.suami di KLIA. ^__^ best nya saya. tapi, disebabkan saya WAJIB ke Bera, Pahang.... adik terpaksa amik en.suami di KLIA. minta maaf ye en.suami. komitment kerja, lg pun, terawal daripada yang kita rancangkan.....???? kan? kan? so, disebabkan saya pulang agak lewat, ari pertama en.suami sampai pun, saya da minta tolong en.suami memasak untuk berbuka puasa. @___@! minta maaf ye en.suami. da 'ter'buli plak... x sempat nak masak. besttt nya, en.suami masak sup daging dgn goreng sayur campur sotong. woww.... suka sgt. saya cuma tlg msk nasi + buat air.

semangat nak beraya da sampai... kuih raya da ada. baju raya da ada... en.suami pun da ada. tunggu Hari Raya Aidilfitri je tiba.... kan? kan? kan?

Monday, August 22, 2011

Hari Ke-22......

Alhamdulillah, besyukur saya ke hadrat-Nya, masih dapat lagi saya menghirup udara segar di atas bumi Allah ini... dan masih dapat menunaikan puasa ke-22. ^___^ ayat skema nak mampus kan? hahahaha....

hari ni, saya bersemangat waja dan sgt2 exited..... x sabar2 tunggu esok. kenapa? sebab en.suami akan sampai di KLIA pukul 10pg esok. smoga semuanya berjalan lancar... Amin.... ^__^ bgn pagi pun semangat je. xde la nak malas2 kan? slalu tu nak bgn pagi punya la ssh... kali ni, exited je nak g keje. kelakar plak bunyi nye kan? mcm org angau... hahahah... tp, xper... angau dgn en.suami. suami sendiri kan? hati tgh senang ni....

^_______________^ senyum.

ok... semangat nak buat keje ni. nnt pape sambung lg erk?

Sunday, August 21, 2011

Impianku...... ^___^

semua org ada impian... begitu juga saya. ^__^ saya pun ada impian. impian saya xd la setinggi mana. cuma, harapan agar impian saya tercapai itu tinggi melangit. InsyaAllah, tplpng doakan ye kawan-kawan.

dulu, masa study, impian saya adalah untuk menjadi seorang engineer... site engineer. Alhamdulillah, selepas hbs exam (last paper utk final sem) saya mendapat tawaran tersebut. ^__^ mungkin niat membantu keluarga dan xnak menyusahkan ma dan abah saya, Allah memperkenankan hajat saya itu. dan sehingga kini, saya seorang site engineer... Alhamdulillah.

ok.... slps bekerja dan berkahwin, saya tetap mempunyai impian saya sendiri. ^___^

ok, impian pertama.... sebagai seorang anak saya ingin menghantar abah dan ma ke Mekah untuk menunaikan haji. dalam hati, bilakah saya dapat menghantar mereka ke sana... adakah sempat saya melaksanakan impian saya itu... Ya Allah, hanya Engkau tempat aku meminta. hanya Engkau tempat aku mengadu.... moga impian yang satu ini akan tercapai secepat mungkin. Amin.....

Impian ke-2... ^__^ saya mahu harta saya sendiri. maksud saya kereta dan rumah. kereta la yg utama nya. kenapa kereta? sbb saya xd kereta sndr. selalu g sane cni tu naik kete office. dan kalau ada pun, atas nama ma. mmg la saya yg bayar kereta tu, tp... kepuasaan tu yg saya xde. rasa mcm biasa-biasa je. yela kan, menumpang harta org. heheheh..... kalau pasal umah tu, maybe lambat ckit pun xpe kot, sbb skarang en.suami da beli umah. so,tu blh la hold sekejap.

Impian saya yg ke-3.... smoga en.suami cepat-cepat dapat transfer ke semenanjung. Amin..... buat masa ni, ni la yg saya amat2 berharap dapat ditunaikan. kira yg paling terdekatla... ^__^ tlg doakan ye kawan-kawan....

Semoga saya dapat mencapai semua impian saya tu.... dan begitu juga dgn kawan2. sama-sama lah kita mendoakan yer.... ^___^

Saturday, August 20, 2011

=___=

tak tahu bagaimana untuk meluahkan... mungkin rasa ini semakin parah. luka terhiris makin besar dan dalam. andai ini takdir tulisan untuk diri ini, ku terima. kerna ku yakin, Allah menguji seseorang itu dgn keyakinan yg umatnya itu dapat melalui setiap ujian yg diberikannya.

ku sedar, kadang-kadang datangnya dugaan ini membuatkan kita lebih tabah dari hari ke hari. semakin kuat menjalani setiap rutin harian itu. ku cuba kuat. ku cuba bangkit dari kejatuhan semalam.

kerana kejatuhan semalam, mungkin akan ada kejayaan pada hari ini. bak kata org, hari ini mungkin lebih baik dari semalam, InsyaAllah. kebahagiaan hari ini juga datang dari kelukaan di masa lalu. setiap yg Allah tarik, akan diganti kan dengan yang lebih baik.

Alhamdulillah... mungkin dek kerana kejatuhan zaman lalu menyebabkan kejayaan pada waktu sekarang. dek kerana kekuatan, keazaman dan usaha... akhirnya ku berjaya jua menempuh semua. dek kerana kelukaan dulu, akhirnya kubahagia juga sekarang.

mungkin kejayaan itu hanya biasa-biasa di mata-mata mereka... tapi, sekurang-kurangnya ku genggam hasil sendiri. mencuba membahagiakan keluarga ku sendiri.

mungkin juga si dia yang berdampingan dengan ku kini, hanya insan biasa. tapi, kebahagian itu ku rasai. setiap saat dan waktu, hanya dia di hati ku. tanpa perlu ku rasa kelukaan zaman-zaman purba dahulu. Allah menggantikan dengan kebahagian dari kelukaan parah ku dulu.

Ya Allah... ku syukuri setiap nikmat yang Kau berikan. Terima kasih Ya Allah....

novel

^_____^ org sibuk dgn persiapan raya, saya sibuk kumpul novel. 1st time beli novel keluaran KN, mcm da obses plak dgn keluaran KN tu.... kopak la tetiap minggu mcm ni. ok.... 1st time keluaran KN yg saya beli ialah.....

.
.
.
.
.
.
.

^_____^ ABM.
ni la penyebab saya try beli novel keluaran KN. ABM ni sal slalu follow keluaran dia dekat blog acik lana. sgt2 teruja. sbb tu saya beli.... ABM ni akan keluar di pasar early September. best gler...
beli la. ^_____^

ni novel ke-2 keluaran KN yang saya beli. sdg di baca. ^__________^ best gak la.


^____^
haih, target seminggu sekali je beli novel. ni da 2 dlm sminggu ni. hbs la.

@____@!
en.suami, jgn marah yer. saya janji kalau en.suami ada 1 novel pun saya x buka. heheheeh....


Friday, August 19, 2011

Rezeki Sebelum Raya

^__________________________________^ nak senyum panjang2 ari ni walau keje tgh membukit ni. wakkakakakaka................

Alhamdulillah.... walaupun ari ni di kira ari paling serabut sedunia.... ye, saya buat claim post-tender. time2 nak raya ni banyak plak fax/email minta duit.... saya di rasuah bukan rasuah betul-betul la dengan amount kat dalam bank. hehehe.... ^____^ tq Boss. saya sgt gembira. adalah rezki time raya kali ni. selalu terasa time chinese new year je kan... kali ni da kerja dgn Melayu, rasa duit raya AidilFitri plak... Alhamdulillah... bersemangat saya buat kerja ari ni. Mula la kepala ni sibuk uat budget nak beli ape. hehehehe..... semangat gler.

Alhamdulillah.... terima kasih Boss. ^_____^

Thursday, August 18, 2011

Dugaan Hari Ke-18

Pagi yang indah ini, sedang saya driving my mini cooper M'sia... nak jugak kan???.... tetiba, saya rasa mcm lain mcm je kan... tgk2 tayar kete belakang bocor daaaa........... haihhh.... @___@! mcm mane ni? da x pk lewat ke ape, pk sape nak jadi mangsa tuk tukar tayar kete ni je. hahahaha.... ^_____^ niat jahat gler kan?

sian kan? tgk.... tayar belakang saya bocor.... di fikir-fikir, ni confirm akibat g site Melaka. haihhh..... sape la agaknya yg nak tlg tukar ni????

ok kawan-kawan... ni bahan-bahan tuk kita tukar tayar k? haihhh.....


dan...... jeng-jeng.... ini la mangsa untuk ketika itu. En. Hafizullah ZAMRI. ^____^ tq ye bro.

dengan senyum dia tukar tayar kete saya.... :) Bro, jgn terbarai pose tu yer? nnt dari HERO jadi ZERO plak. ^_____^

after tukar tayar tu.... saya pun g kedai tuk tukar semuanya. ^___^ haihh....

dugaan bulan pose...kan???? nasib baik ada gak penyelamat dtg.


Wednesday, August 17, 2011

Hari Ke-17 =____=

Alhamdulillah.... hari ni, hari ke-17 umat islam berpuasa. terasa cepat sgt masa berlalu. Alhamdulillah.... dan lagi 8 ari en.suami akan balik ke semenanjung. sangat-sangat gembira.

Ari ni, juadah berbuka... nasi + ayam masak merah + kerabu mangga + ayam panggang + gulai ketam + air kartika + ABC.... gila tamak kan??? nafsu makan tgh meningkat. habisla x muat baju raya. hongeh perut saya. dan menyebabkan saya rasa macam nak tdo aje. gile... mmg sedap. x mcm semalam, kami (adik dan saya) g beli makanan kat area belakang family store Seremban 2, da la mahal x sedap plak tu. menyampah gler. ari ni, Alhamdulillah.... sedap gler dan harga amat2 berpatutan. tu la kan, bak kata adik smlm, pakcik tu betul2 jual utk cari duit raya. gler teruk, confirm mmg xnak beli kat situ da.

ni nak cter pasal ketidakselesaan saya 2 3 ari ni... disebabkan oleh kewujudan foreigner kat depan umah ni. diaorg suka melepak depan umah bising2. dan kalu saya balik tu, pandang mcm x pernah tgk org. sgt2 x slesa. harap2 jgn la ada paper..... mmg sgt2 x selesa la. ntah mcm mane nak selesaikan benda ni.

^__^ ada idea???

shopping hari raya

Assalammualaikum............

Ok, kali ni nak bercerita tentang shopping raya plak. ^__^ bersemangat waja kalau cerita bab2 shopping ni kan?

ok.... sbenarnya, kalau bercerita tentang baju raya (baju melayu & kurung) untuk tahun ni, awal-awal lg, ma da tanya tema untuk tahun ni. hehehehe.... bulan 3 lg mmg ma da siap2 beli kain. untuk family saya yg x brapa nak ramai ni kan, ma selalu menerapkan kami smua pakai warna sedondon. sekain lagi. senang... org ckp, blh tau la anak sape kalau tanye. heheheh.... ok. color theme for this year is purple. ungu yg lembut jerk. mmg da siap tempah da pun... ^___^

bukan hanya baju melayu dan kurung je sama.... baju jenjalan pun sama warna. baju jenjalan tu t-shirt atau blouse la. ^__^ so, tahun ni, saya dan ma sbulat suara pilih warna kelabu. da cakap dgn ma, tahun ni nak saya nak pakai blouse... ala-ala isteri sopan santun gitu.... so, sempena kerajaan dapat bonus 1/2 bulan tu, ma dgn baik hati da belikan blouse untuk saya. ^__^ senang hati.

so, dalam perancangan ni, kalau dapat gaji.... nak beli tudung, kasut 2 pasang, sepasang saya dan sepasang untuk ma.... hurm... pastu, maybe t-shirt untuk en.suami. kalau boleh nak sedondon la dgn saya time beraya nanti. lawak x???? nak gak sehati sejiwa tu kan????

kuih raya plak...slalu nya umah saya mementingkan kuih2 tradisional. so, untuk biskut2 saya da tempah dekat kawan-kawan office. ^__^ beli lebih sikit sbb nak bawa balik ke kedah. adil dan saksama kan? nak harap saya buat, memang taufan la dapur tu nanti. heheheh.... bertuah x en.suami????? maaf la en.suami, saya bz sgt tahun ni. nak buat preparation tuk raya pun mnt tlg ma yg settle kan.

haihhhh.... harap2 dapatla duit raya tahun ni. boss!!!!!! minta duit raya lebih ckit yer. hahahah....

Tuesday, August 16, 2011

Lokasi AidilFitri

Assalammualaikum kawan-kawan....

Alhamdulillah, hari ni dah hari ke-16 umah Islam berpuasa. Lebih kurang 14 ari lagi, kita akan menyambut Hari Raya AidilFitri. dan tidak lupa 15 hari lagi untuk sambut Hari Kemerdekaan Malaysia. Alhamdulillah.....

Ok kawan-kawan.... berbalik pada tajuk tu kan... al-maklumlah, tahun pertama beraya sebagai seorang isteri, mesti lah orang tertanya-tanya manelah dentinasi utama AidilFitri saya dan en.suami tahun ni. dan Alhamdulillah, en.suami pun da dapat cuti. so, selepas dibincang, disusun atur smua schedule raya....dan melihat budget untuk tahun ini.... saya dan en.suami telah BERSETUJU... setuju ke paksa rela en.suami??? hehehe..... jika AidilFitri jatuh pada 30/08/2011... raya pertama dan ke-2 di kampung saya. dan raya ke-3 hingga habis cuti di kampung en.suami. tetapi, jika AidilFitri jatuh pada 31/08/2011, raya pertama di kampung saya dan raya ke-2 hingga seterusnya di kampung en.suami. siap ada options lg kan? hehehe.... janji raya pertama di kampung saya.... i like.... ^___^

yelakan.... bukan senang en.suami nak dapat cuti. so, bila cuti, rasanya better kami beraya di kedua-dua kampung. so, nampak adil dan saksama. tahun-tahun akan datang, x tahu lg la kan. ^__^

ok... ok.... nak tahu kat mana kampung saya dan en.suami??? ^__^ pahang+kedah. saya di Pahang dan en.suami di Kedah. cara bercerita macam dekat je kan? hehehe.... dari Pahang ke Kedah tu, sekurang-kurangnya 4 jam dalam kereta. haihhh... sakit untut saya tau. style en.suami plak, kalau di bawa kereta, jgn harap saya blh tdo. huhuhu.... kalau nak terlelap je kan, dia ajak saya berenti R&R. macam saya je yg drive kete tu. hehehe.... tapi, xper... janji selamat sampai kan?

walau di mana pun destinasi kita, sama-sama la kita mendoakan agar AidilFitri kali ni lebih baik dari sebelum-sebelum ni. Amin....

Hari Ke Enam Belas =__=

=__= hari yang serabut + menyampah + sakit hati + bosan....

dalam hati... wow, lagi 9 hari en.suami nak balik, syok gler. pastu, da order novel baru acik lana... teman sebelum tdo.

dalam office... atas meja, ala2 kemas ckit. tp, keje sbenarnya makin berlambak. claim + dokumen2 yg nak kena settlekan. projek pun, Alhamdulillah, makin bertambah. cuma, komputer saya diserang virus. oh tidak!!! keje saya bertimbun ni. menumpang komputer orang mmg x selesa gler la. fokus pada projek Bera + Melaka. ^__^

dalam kepala... dokumen projek Melaka, Bera, Johor, MMU + persiapan raya + cuti raya + cuti jalan2.. koyak la poket. @__@

macam mana agaknya persiapan raya korang semua??? ok tak???

Monday, August 15, 2011

Hari Kelima Belas (^__^)

Assalammualaikum kawan-kawan.... ^__^

Sekarang tgh ujan lebat, so, saya kesejukan. Dan hari ni, Staff Kerajaan dapat B.O.N.U.S.... nak baik-baik dgn en.suami ni. ok tak? dapat duit raya sikit pun, xper la... syoknya rasa... @_@!

Alhamdulillah, hari ni hari ke-15, umat Islam berpuasa. fuhhh.... lega. lagi 15 ari je lagi. dan lagi 10 hari en.suami nak balik. yeyeyeye.... :) sekarang ni, tgh kumpul kuih2 raya dari kengkawan... bknnya fikir nak buat kan? hahaha.... nsb la ma/mak, dpt anak/menantu yg rajin. ^__^ tapi, xper... janji ikhlas. kan? kan?

nak cuti ni, blh dikatakan serabut jugak sbb, ada projek baru masuk. dan salah satunya, agak jauh. di selatan sane.... @__@ tgh fikir2, dpt ke cuti dgn aman ni. hehehe....

ok la kengkawan... next time, kita sambung lg. ada keje nak buat... ^__^



Friday, August 12, 2011

fenin kepala

pada petang yang agak suram indah ni kan... ayat mane la saya ciplak ni kan?? kepala saya asyik berpusing-pusing je. banyak benda yang sedang asyik saya fikirkan ni. asyik sangat la... huhuhuhu... ok!!! saya sgt fenin.

da la 1st day mula kerja dlm minggu ni... saya da mula fenin. @_@ serabut. ape yg buat saya fening???? ok......

  • yg pertama, adalah tentang projek bera - ok!!! saya da mula menyampah da. fed up dgn 'org-org' yg bermuka-muka ni. paperwork da mcm cipan da ni. kejap ok kejap ko.... minggu ni, last chance... esok hari terakhir. pasni, saya akan check smua skali. haihhhh.....
  • yg kedua, paperwork untuk projek melaka - oh tidak!!! after raya, kitaorg ada internal audit. menci giler bila all paperwork like rubbish. ni ckp jujur ni. tgh pening kepala nak fikir, mcm mane saya nak settlekan semua ni. haihh.... dari td da tergolek ke kanan, tergolek ke kiri ni. pegang kepala fikir... mcm mane nak settle smua ni. tgh pening. nampaknya mcm saya kena hadap benda ni jugak. ok.... bukan sbb nak internal audit je, td pun time meeting, saya kena dgn consultant n client. paperwork blh dikatakan out. ok!! saya yg dipaksa rela ni, akan cuba jahit mane yg rompong2 tu kan. ari ni balik dr meeting mmg tebal muka n telinga ni. sakit hati kot....
  • yg ketiga dan terakhir..... mungkin yg ni ssh ckit. ni yg lebih tunggang terbalik ni. mcm nak pecah ckit otak ni. pusing kanan kiri still x dpt jawapan. ok!!! katakan anda mendapat offer yg ok dari skarang, yg lbh baik.... anda rasa mcm mane? katakan post tu post yg agak bgs dr skarang... anda berbelah bahagi tak? hurm......
haihhhhh..... saya fenin. saya syg project department. saya syg PM (En. Remy~ Bro,walau ada org cakap, you terlalu lembut ke ape ke... apapun, sbenarnya you penyebab utama saya selalu tolak peluang kerja lain. Saya hormat cara you berfikir, saya suka cara you...) saya, saya syg PM saya. ok.... pastu Bro Hafiz (walau gila2 tu lebih ckit, tapi... kerja tetap jalan. bnyk benda saya belajar) n Bro Asram (kdg2 mulut tu terlalu up to date kan.... i tetap syg u tau. kalau u xde, haihhh..... fenin kepala i ni) sgt2 sayang...... T__T

golek-golek.... cari jawapan sama2 erk?????...... ^____________^

^__^!

Assalammualaikum kawan-kawan....

Anda semua sihat? Hari ni da ari ke 12 puasa kan? pejam celik pejam celik da ari ke-12 kan? ^__^ agak lama menyepikan diri kan? buat pengetahuan kawan-kawan... mcmla org nak tau kan???... saya baru mula kerja ari ni setelah 'dipaksa' cuti selama 4 ari. T__T bosan giler kot. huhuhuhu.....

ok! setelah demam 2 ari minggu lepas.... saya pun blk ke kg. n then, nak dijadikan cerita.... ari Isnin tu, nak g keje, da siap panaskan enjin kereta, tetiba perut saya rasa sakit sgt dan saya muntah sampai 10kali. ma saya da risau dan adik pun bawa saya g klinik. sampai jer, check.... n then... resultnya.... rahim saya jatuh. tu sbb sy rasa sakit sgt. nak ter'kentut' pun, Ya Allah...sakit sgt. ilang nikmat kentut kot. then, solution nya, saya kena urut.

ok kawan-kawan.....
sakit yg teramat sgt. ada sorang makcik ni cakap, lg sakit dr org beranak. oh!!! menakutkan..... betul kawan-kawan. sakit sgt. confirm!!! pasni, saya kena berhati-hati. ni sbb jth kat tangga toilet ni. adoiyai..... @_@! confirm la, nangis. saya mmg kena hati2 la pasni. jalan pun sakit. betul.... saya x tipu.

ok kawan-kawan.... mcm mane persiapan raya semua? ok x? heheheh..... saya, ala kadar je. yg penting, en.suami balik. ^_^

Sunday, August 7, 2011

Hari Ketujuh (^__^)

Assalammualaikum dan Selamat Pagi kawan-kawan....

Alhamdulillah, hari ni da hari ke-7 kita berpuasa. hari ni, saya akan kuarkan entry awal ckit. sbb sat lg saya nak blk ke kampung. berbuka bersama-sama keluarga. ok x kengkawan??? ^__^

bosan betul time berbuka sensorang kot. rasa mcm nak terkeluar air mata ni..

ari ni, saya nak balik kg. ^_^ syok nya rasa.... en.suami pun da izinkan. tq en.suami... tp, b4 balik ni nak g tesco seremban 2 nak belikan kurma tuk ma dgn abah. suka betul diaorg makan kurma yg saya beli ari tu. syok je tgk.... pastu, nak cuci2 mata sat.... alamak, confirm kurang pahala puasa saya. hehehehe....

k la allz.... saya nak siap2 da. jumpa lagi esok.

Saturday, August 6, 2011

Hari Keenam (@_@!)

Assalammualaikum kawan-kawan....

Pagi-pagi lagi, agaknya pahala puasa da berkurangan. adoiyai.... pepagi time g tmpt keje da maki-maki org. baru keluar umah da maki org kot. huhuhu.... ni smua gara-gara driver yg kat simpang, x brenti and bg saya lalu. wtf kan? kan pepagi da kena dgn saya. gth la, bila korang buat xtau. lansung tayang muka bodoh kan? yg paling saya menyampah, siap cucuk2 blkng kereta saya lg. da la memasing muda lg. hbs la M'sia kalau ada driver2 kurang diajar mcm ni.

haihhhh.... saya makin bosan dgn keadaan kat office. asyik bera n bera. cepatlah siap. esok2 lusa, kalau ada kerja lain, harap2 da sibuk... xd la saya duk terperap dkt opis. i'm a site engineer ok.... site engineer slalu duk kat site aje, bkn duk kat opis. skarang, bnyk duk kat opis. hurm.... tension kepala otak kot. and then, slalu je pendam smua dlm hati. maybe btl ckp zahid, saya kena luahkan smua kot. jgn simpan2.... bnyk benda nak saya fikir... kalau la bkn sbb bdk2 team project, mmg saya da x bertahan kat company ni. nsb baik sbb sygkan bdk2 team, saya bertahan gak. haihhh.... apelah masalah company ni kan... kdg2 blh tgk dgn mata sndr. hurm.......

now, kepala tgh weng2.... haih!!!! rnd time2 study dl dan rnd time2 lepak dgn KLGC dl. smua dgn kawan2. syok sgt.... now, da jd wife org. berbuka sorg2. haihhh.... tension jugak kdg2 tu. kat Seremban ni, sy lansung xd kawan slain bdk2 opis. adeh ai...!!!! bayangkan la... sensorg je. mmg blh gilo kot. en.suami, cepat2 la balik. saya rindu..... T__T

Thursday, August 4, 2011

Hari Keempat (T__T)

Assalammualaikum kawan-kawan.....

Hari keempat = Hari ketiga....
Kenapa?
sebab saya masih x sihat. kepala melayang-layang nampak macam smua jadi double and triple line. oh tidak... T__T muntah?? of course pagi tadi da membuang smuanya. da la perut kosong, kluar lagi kan? apakah?? mengapakah?? angin kot..... adoi ai... time2 mcm ni la nak demam macam ni kan? time2 sensorang ni la, ko nak dtg kan? ujian apakah ini? huhuhu.....

kesabaran saya makin menipis.... oh tidak. Ya Allah.... tolonglah hambaMu ini. kuatkanlah semangatku ini.

agak2 korang nape jadi mcm ni erk? saya terpaksa mandi and basuh kepala ni banyak kali sebab rasa panas sgt. doc ckp, demam biasa aje. huhuhu.... apakah? oh tidak.... jgn lah!!!!

kepala ni rasa semacam jerk. sape nak tolong picitkan ni? sape nak tolong???? oh en.suami, lagi 3 minggu erk? 25-4=21... 21 hari lagi erk?? ok.... sabar ye mza muhd. :)

Hari Ketiga (T__T)

Assalammualaikum kawan-kawan....

Hari ke-3. penuh dengan kesedihan. ari ni, pagi-pagi da sakit kepala, dan xlarat gila nak bangun g keje. lepas saya fikir dan fikir, amik keputusan tuk MC je ari ni. mmg x larat gila. nak bgn mmg ssh. sakit btl kepala ni. maybe sbb smlm, kat Bera tu panas sgt kot. air dlm badan x brape nak ada kot. adoi ai...

pastu, tambah teruk dgn muntah2 lagi. huhuhhu..... sedih sbb sorang2. kalau ada en.suami mesti dia tlg picit2 kepala ni. tlg manja2kan saya. =__= rindunya kat en.suami. cepatla balik.....

memang paling kena sabar, time sakit mcm ni la. kena sabar sgt2. kena berdikari sangat2. en.suami mesti risau sgt. makan pun mcm x masuk je. masuk keluar... makan je, elok2 muntah terus. adoiai.....

tulis msg dkt en.suami... 'ayg nak abg. demam sbb rnd sgt kat abg kot. nak abgggg....' dan... en.suami balas. 'sabar ye, lg 3 minggu je... ' huhuhuhu... xpe la. sabar la dulu.


Tuesday, August 2, 2011

Hari Kedua (*__+)/

Assalammualaikum kawan2......

Hari kedua berpuasa... penuh dugaan Ya Allah. :)

saya ke Bera kerana ada beberapa defect yg saya perlu lihat dan selesaikan secepat mungkin. saya bersama supervisor baru, Zahid bertolak dari office lbh kurang pukul 9.45pg. dari Seremban ke Bera lbh kurang 2 jam stengah. oh ya... lupa nak cakap, ari ni mak mertua big boss telah kembali ke Rahmatullah. takziah boss....

ok, sambung cerita.... :) sampai kat sane lbh kurang pkul 11lbh dan saya n zahid check smua defect yg perlu kami repair scepat mungkin. nak upload gambar ke? xpayah la kan? x best pun..... so, jumpa sub-con... da siap bincang smua kitaorg bertolak balik ke seremban. fuhhh!!!! tension btl saya. nasib baik pergi berdua. kalau sorg, confirm da duk tepi jalan da. 'mini cooper' M'sia saya xd radio... kalau ngantuk tu, ke tepi jalan la jawabnya. :p nasib badan. hahahah...

so, sampai kat office, ala2 tinggal sejam lebih lg... ke sana ke sini... kul 5, smua balik. tamat sudah kerja hari ini. :) saya pun beransur ke rumah... dan feveret is katil. :)

ari ni, juadah saya nasi + sambal petai campur udang. yehaaa... sensorang kan? simple aje la. ok la allz... saya da ngantuk. kita sambung esok... papai... ^__^

Gering

Artist: Terra Rossa

Dari kiasan kata-kata ini
Dapatku bayangkan cinta kita
Sedang dalam kegeringan
Menanti gelincir mentari

Dari kilauan airmata ini
Pernah kau sapukan kasih sayang
Kini tak lagi bererti
Andai perpisahan terjadi

Tetapi aku berusaha
Memujuk hati ini
Kerna cinta yang telah tersergam
Dengan janji yang pernah kugenggam

Saat pun berubah, kecewa
Aku hanya terdaya melihatkan
Langkahmu ingin jadi juara
Dan pasti berjaya
Tumpas cinta setia
Mestikah ku... mengagungkan
Perdaya cinta...

Pada sang bayu
Kuutuskan
Serta doaku dan asmara
Yang tenat dan kegeringan
Menantikan penawar...


Monday, August 1, 2011

Ramadhan

Alhamdulillah... Ramadhan datang lagi. Syukur Ya Allah, kerana mengizinkan saya untuk menikmati lagi Ramadhan ini.

Ramadhan pertama sebagai seorang isteri... Alhamdulillah... dan hari ini pertama kali bersahur as a wife and without him, en.suami. hurm... tipu kalau cakap saya x sdh. tipu kalau saya x jeleous dgn girl yg kawen dgn army and duduk bersama. but, I accept all my destiny.. Alhamdulillah...

masih segar 2 taun lepas, ketika itu saya telah bekerja dan en.suami berkursus di subang. bersahur off course la di tempat memasing, tapi, berbuka tu.... hampir setiap ari bersama. tempat faverite adalah tasik S.Alam Sec 2 atau tepi pdg stadium. yehaaa..... tu waktu cintan cintun la.

dan tahun lepas, as a tunang orang. tapi... time tu en.suami di Labuan. so, xd ape yg special la kan.

dan tahun ini... as a wife. terasa kematangan tu ada. terasa kekuatan tu smakin bertambah. Alhamdulillah... ku pohon dari Mu Ya Allah, moga Ramadhan kali ini penuh keberkatan dan kenikmatan walaupun tanpa en.suami di sisi. x kisah, asalkan raya kali ni en.suami bercuti. V(^__^)/ x sabar tunggu en.suami balik.