Saturday, August 20, 2011

=___=

tak tahu bagaimana untuk meluahkan... mungkin rasa ini semakin parah. luka terhiris makin besar dan dalam. andai ini takdir tulisan untuk diri ini, ku terima. kerna ku yakin, Allah menguji seseorang itu dgn keyakinan yg umatnya itu dapat melalui setiap ujian yg diberikannya.

ku sedar, kadang-kadang datangnya dugaan ini membuatkan kita lebih tabah dari hari ke hari. semakin kuat menjalani setiap rutin harian itu. ku cuba kuat. ku cuba bangkit dari kejatuhan semalam.

kerana kejatuhan semalam, mungkin akan ada kejayaan pada hari ini. bak kata org, hari ini mungkin lebih baik dari semalam, InsyaAllah. kebahagiaan hari ini juga datang dari kelukaan di masa lalu. setiap yg Allah tarik, akan diganti kan dengan yang lebih baik.

Alhamdulillah... mungkin dek kerana kejatuhan zaman lalu menyebabkan kejayaan pada waktu sekarang. dek kerana kekuatan, keazaman dan usaha... akhirnya ku berjaya jua menempuh semua. dek kerana kelukaan dulu, akhirnya kubahagia juga sekarang.

mungkin kejayaan itu hanya biasa-biasa di mata-mata mereka... tapi, sekurang-kurangnya ku genggam hasil sendiri. mencuba membahagiakan keluarga ku sendiri.

mungkin juga si dia yang berdampingan dengan ku kini, hanya insan biasa. tapi, kebahagian itu ku rasai. setiap saat dan waktu, hanya dia di hati ku. tanpa perlu ku rasa kelukaan zaman-zaman purba dahulu. Allah menggantikan dengan kebahagian dari kelukaan parah ku dulu.

Ya Allah... ku syukuri setiap nikmat yang Kau berikan. Terima kasih Ya Allah....

2 comments:

  1. yang penting kita tahu tujuan kita...walau susah macam mana pun kita tetapi hadapi kerana bila berjaya melalui kita akan tersenyum sendiri...seperti kita terjatuh dari berjalan akan bangkit berjalan semula sambil tersenyum manis...

    ReplyDelete
  2. en. kancil, thanks yer. ^__^ mmg saya bermula dgn merangkak, kemudian baru la bertatih.... dan shingga la saya mampu berjalan. =) dan thanks jugak sbb dtg melawat.

    ReplyDelete

Korang... meh la tinggalkan comment. nanti saya comment entry korang plak. ^___^ tq.