Friday, September 30, 2011

Sg. Telor, Johor

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia... ^_^

Anda semua sihat? Alhamdulillah, saya sihat-sihat saje. cuma sedikit sibuk dengan kerja. dan sekarang, saya berada di Kota Tinggi, Johor.

Kerja da bermula di sini. Agak sibuk dengan paperwork dan urusan di site. kepala mula sedikit retak memikirkan saving office. mak aih....!!!! poning kepalo den. semua nak kena masuk dgn harga BQ. so, macammana? nasib baik la semua kat sini sedikit gila-gila. so, release tension ckit.

Projek agak slow rock. semua masih dlm perancangan. ^__^ agak pening memikirkan perancangan projek ni. hopefully, semua department memberikan kerjasama untuk melancarkan projek di sini. wa duduk sini sampai tahun depan... T__T

ok allz..... ^__^ can cin cau dulu....


Tuesday, September 27, 2011

^__^ back to work...

Assalammualaikum kawan-kawan....

Semua sihat? Alhamdulillah, saya sihat-sihat saje. Ari ni, ari pertama saya mula bekerja kembali. ^__^ semalam, sampai di KLIA lbh kurang pukul 7.40pm. agak penat... dan sedih meninggalkan em.suami di Labuan.

Semalam, hujan lebat time flight sampai. mak ai... mcm tau2 je, dlm bangunan pun ujan. huhuhuhu... pagi tu, saya dan en.suami jalan-jalan beli cenderahati untuk office mate. ^__^ cokelat untuk saya. hehehe.... ^__^ en.suami belanja.

sampai je office, keje da menimbun. haiyaaa!!! fenin T__T

uat keje dulu...

Saturday, September 24, 2011

Muzium Marine Labuan

hai kawan-kawan.... en.suami da pergi keje, so, kita sambung citer balik. ^__^

semalam.... en.suami kan off. hari Khamis tu beliau janji nak bawa saya g tgk hidupan laut. en.suami cakap, mcm2 ada. ^__^ exited je dgr. so, saya pun tuntut la janji beliau tu. and then, lbh kurang pukul 2ptg, kami pun sampai di Muzium Marine Labuan.


WELCOME TO MARINE MUSEUM...
ni pintu masuk ke Muzium Marin tu. en.suami yg pemalu+x suka amik gambar. T__T
tengok pintu pun da exited sbb boleh nampak laut and kapal2 kat hujung sana.


opsss... sila abaikan tuan punya blog yang montel itu. ^__^


ni la kat belakang muzium tu. cantik sgt. saya suka.. ^__^


opss... ni patut gambar yang ke-2. hehehe... PEMALAS!!!! nak edit pun malas kan. ^__^

Peace... V(^__^)/ sila sama2 kita menjaga hidupan laut yer...

kami siap melawat lbh kurang pukul 3.30pm... marvelous... saya betul2 sgt suka muzium ini. tulis note...
"I'm fall in love...Congrats Muzium Marin Labuan"

Sarapan Pagi... ^__^

Assalammualaikum dan Selamat Pagi kawan-kawan... Hari ini hari Sabtu. Hari ke-5. ^__^ Alhamdulillah, saya masih diberi peluang untuk menjalani kehidupan seperti biasa. ok...!!! Jam da menunjukkan pukul 6.45pagi, tapi di sini da seperti pukul 7.30-8.00pagi.


ok... ni pukul 6.09pagi. ^__^ da cerah. macam pukul 7.00pagi Semenanjung. terasa awal gila saya bangun.

ni plak sarapan pagi saya ari ini. Spaghetti... masakan en.suami untuk si isteri. sedap...lagi sedap dari masakan saya. ^__^ Tq en.suami. <3 sayang abang.

Seawal pagi 5.30 en.suami da bangun tuk menyediakan sarapan untuk saya. Tq en.suami, walau pagi ni en.suami kerja tapi beliau nak juga sediakan saya sarapan pagi ni. Maklumlah da 2 ari beli sarapan di luar. Nasi lemak... da makan nasi lemak, mula la mata mengantuk + malas.... macam mane nak pusing2 Labuan kan???? so, pagi ni, en.suami ringan tulang la nak sediakan Spaghetti ni. sedap. Manis+Masam+Pedas... ^__^ da amik resipi. Nnt saya nak cuba. Kuah dia tu resipi en.suami sendiri tau. Bukan yang dalam tin ke ape...

Oh yer... en.suami da siap2 nak g keje. Nnt saya sambung cerita lagi. see u...


Friday, September 23, 2011

^__^ Jumaat

sekarang jam 0951... tapi, da mcm tgh ari. confius la duk cni. kdg2 terasa mcm cepat sgt, kdg2 rasa mcm lambat sgt. hehehe... awal pagi, tapi da mcm tgh ari. saya dan en.suami tgh rehat2 sambil menonton hantu bonceng. best2... en.suami off duty ari ni.

smlm (mlm td) kami g Anjung Ketam... kira kat situ ada jual makanan laut la. fresh2 gitu. kiranya masa kita pilih2 tu, ikan/ketam/udang/lobster tu idup g la. mcm2 ada... kerang pun ada. syok sgt2. so, pilihan kami adalah ketam dan udang. ^__^ suka2. ketam harganya RM3 untuk 100g dan udang RM5 untuk 100g. ketam masak sambal dan udang masak berempah. sayur mcm biasa... sayur kailan ikan masin. air... kami pilih jus epal. berselera kami makan. pergh... kenyang siot. udang saya habiskan dan ketam en.suami yg habis... ececece..padahal en.suami makan seekor setengah je, tapi sbb dia amik ketam paling last, saya cakapla dia habiskan..pandai tak??? hahaha.... kenyang2. best tau, makan sambil menikmati keindahan laut. angin sepoi2... wah...!!!!! i fall in love. nak duk sini boleh tak? hehehe....

ingat smlm nak makan lobster... tapi, ketiga2 anjung ketam tu xde. so, plan dgn en.suami... pagi2 g jetty cari lobster yg turun dr laut.fresh lagi tu. nak masak sambal. so, dlm koi 0715, saya dgn en.suami g la jetty and pasar cari lobster dgn sayur2 segar... planning ari ni nak masak lobster masak sambal, kailan ikan masin and uat air cincau. hahaha... meleleh tak? tapi... HAMPA sbb lobster xde. digantikan dengan udang yg BESAR. perghhhh.... best2. planning diteruskan. I like.. ^__^ ni tgh rehat2 sblm kami memasak.

ok la allz... nnt saya sambung lagi.

notakecik:

fara, bukan akak xnak upload pic, tapi lupa bawa bluetooth... nnt balik Semenanjung, akak upload banyak2.

Thursday, September 22, 2011

Hari Keempat @_@!

Hari ini hari Khamis. bermakna hari ke-4 saya di Labuan. ^__^ saya baru balik dari dating tepi pantai dengan en.suami. Argh.... gila suka. cantiknya pantai tu. ada plak gerai ABC dgn cendol td, so, saya dgn en.suami dating2 sambil makan ABC dgn cendol. hehehe... makan sambil menikmati keindahan alam. i like.... nsb baik la en.suami tu memahami, sabar dgn kejakunan si isteri ini. hahaha...

lepas da puas tgk pantai tu, kami ke pekan (nak kata pekan, ni la bandar nye.... tapi kecik. camno tu?)... kami beli sedikit barang utk dimasak esok pagi... sbb mlm ni, nak g makan seafood kat tepi pantai... ^__^ after tu, g saloon sbb nak potong rambut... en.suami x bg saya potong tanpa pengawasan beliau. katanya, nnt saya potong pendek sgt... then, jalan2 lagi. cuci mata. opsss.... ada pasar malam gitu. tapi, pasar malam ni unik sikit.. sbb pasar malam ni xleh masak kat situ. semua masak di rumah masing2. so, nmpk mcm x fresh sgt la. hurm... ada gak mcm tu kan? hehehehe.....

ok... td g lunch kat luar... en.suami ckp kedai makan tu famous sgt kat cni. mmg time tghari lalu confirm xde parking... so, kami pun pergi agak lewat ckit la. bagi laluan kat org2 lain dl. masakan dia okay2 aje. xde la sedap sgt. tapi, mmg masakan sini... ala2 je. kalau org semenanjung dtg cni meniaga, confirm laku. betull!!!!! xcaya cuba la. ^__^

hurm.... ^__^ ok la... nnt kita sambung entry lain plak. now, nak rehat sekejap. ^__^

Wednesday, September 21, 2011

Hari Ketiga :)

wow.. pejam celik pejam celik, da hari ke-3 saya bercuti di Labuan. ^__^ suka hati. tapi.... T__T maknanya lagi beberapa hari perpisahan akan terjadi. huhuhu... sedey mcm ni. ari ni en.suami kerja malam lagi. hari ke-2 dan esok... jeng jeng... en.suami off duty. so, boleh jalan2 gelek2 dating2.. xde sape nak kacau. hahahah....

tadi... planning nak ajak en.suami g mancing. gila syok. ^__^ tapi, x tau la lagi mcm mane. sbb cuaca kat cni x menentu. kejap ujan kejap panas. kalau ok, saya akan teruskan planning.

dan..... nak ajak en.suami jalan2 kat tepi pantai. wahhhh!!!! x sabar nya. saya jatuh hati dengan laut di sini. ^__^ kalau la... ada rezki di sini kan best. syok je. en.suami dan saya kerja di sini... best2.

hahahaha.... td, saya g lunch date dgn en.suami. beliau bawa saya jenjalan.... sambil beli barang dapur. kat sini, nak jumpa kereta Malaysia punyalah susah. haihhh!!! terpegun kejap. jakun pun ada kot. bukan ape, semaju2 KL tu... jarang la jumpa kereta besar ala2 mewah ni kan... tapi, kat sini... pergh!!!! gila saya dibuatnya. tu tadi cakap dgn en.suami.... kalau la beliau baru keje di sini, dan rezki saya pula dapat kerja di sini.... agak2 mampu kot nak beli Nissan Murano untuk saya dan R1 untuk en.suami. wow!!!! dasyatnya impian. hahahaha....

1 lagi... makanan kat sini x mcm kat semenanjung. ^__^ lain ckit la. tp, not bad la. kali ni maybe saya akan round Labuan sahaja. masa x mengizinkan la tuk ke Kota Kinabalu. tapi, xtau la kan... ada rezki lebey, ada masa terluang... sampai plak kang... ssh nak jangka. tapi, planning kali ni hanya bercuti di Labuan sahaja.

^__^ k la allz. kat cni da gulap gelita mcm pukul 8lbh tau. hehehe... amazing kan? saya pun terkejut. hurm.... tapi, sy suka.

Tuesday, September 20, 2011

malam ke-2 ^__^ labuan

sayu je malam ni... keseorangan tiada teman. huhuhu.... en.suami kena bertugas plak. sambil2 tu saya pun kemas la apa yang patut. maklumla duduk bujang ni mcm2 la jadinya. sane stoking cni stoking, kasut tu, kemain berbaris panjang. hahahaha... lawak pun ada.

Alhamdulillah, setelah 8 bulan kami bersama, ni la first time saya puas hati dapat melayan semua keperluan en.suami... dapat masakkan makanan untuk beliau, dapat buatkan minuman petang sebelum beliau masuk kerja petang tadi.... basuhkan baju beliau, guna tangan lagi.... hahahah... sungguh saya x sangka... ^__^ tapi, ada rasa satu kepuasan bila saya buat semua itu. mungkin inilah rasa seorang isteri.

kemas2 umah... tapi, kejap kemas kejap berehat. entah kenapa 2 3 ari ni, badan tak berapa nak sedap. cepat penat cepat sakit pinggang... so, last sekali en.suami cakap, buat esok. rehat je la... ^__^ green light. amat memahami kemanjaan si isteri ini. haihhhh!!!! manja la sangat kan??? gedix je lebih. tengok kain, mak aih!!!! berbukit nak kena basuh. esok pepagi nak kena basuh. sbbnya, pukul 6 kat cni da mcm pukul 8lbh kat semenanjung. terik lagi..... so, memang sesuai untuk sidai kain.

... k la allz... nnt kita update entry lg. can cin cau... ^__^

C.I.N.T.A ~ Bab 6

*****

Amiza melangkah lemah menuju ke Kolej Mawar. Masih terngiang-ngiang di telinganya kata-kata Anita pagi tadi. Dia tidak menyangka Amri mempunyai teman wanita seperti Anita. Wanita yang miskin budi bahasa itu telah memalukan dirinya.

“Kesian Am. Kenapalah dia cari perempuan macam Anita tu jadi teman wanita. Am tu handsome, kaya pulak tu. Anita tu memang la kaya…tapi, miskin. Miskin sopan santun. Cantik pun sebab make-up je… haihhhh”

Sampai sahaja di biliknya, Amiza membaringkan dirinya. Tiada mood untuk melakukan apa-apa. Mohd Helmi berjaya menenangkan dirinya. Cepat sungguh berita memalukan sampai ke fakulti Mohd Helmi. Tersenyum mengingatkan kesungguhan Mohd Helmi memujuknya. Pandangan mata Mohd Helmi mencairkan amarahnya kepada Anita.

Tangannya meraba-raba di dalam beg sandang mencari telefon bimbitnya. Terdapat enam miscall dan 3 message terpapar di screen telefon bimbitnya.

“Am…….”

Amiza mengeluh. Kejadian pagi tadi betul-betul menyesakkan hatinya. Perit. Sungguh, dia tidak akan sesekali keluar lagi dengan Amri. Maruahnya tercalar dek kerana lelaki itu.

Tangannya menekan keypad inbox. Jarinya terhenti. Berbelah bahagi sama ada untuk membaca atau membuang terus pesanan dari Amri itu. Hati meronta akal memujuk. Akhirnya, jarinya menekan open.

“Amiza, please forgive me about Anita. I tak sangka dia sanggup serang you.I dengan dia dah lama clash. We’re friends. Dia jealous I keluar dengan you last night. Tolong pick up my call.”

Amiza mengeluh lagi.

Pesanan kedua dibuka.

“Amiza, kenapa you tak jawab I call you? Message I you lansung tak balas. You marah I lagi ke? I minta maaf. Please pick up my call or reply my message…”

Amiza memandang syiling. Hatinya berbelah bahagi sama ada untuk membalas pesanan ringkas Amri. Pesanan ketiga dibuka.

“Please Amiza, jangan buat I macam ni. I risau sangat.I ada dekat pagar Kolej Mawar. Sorry, I betul-betul risaukan you.”

Kedengaran pintu biliknya diketuk. Dengan rasa malas, Amiza membuka pintu biliknya. Hal Amri dan Anita masih menghantui kepalanya. Lagi-lagi perihal Amri menunggunya di pintu Kolej Mawar.

Seorang junior memberitahunya seorang mamat handsome menunggunya di pintu pagar Kolej Mawar. Pasti mamat hansome itu adalah Amri.

“Arghh… biarlah dia menunggu. Aku tak suruh dia datang pun. Dah la menyusahkan aku. Semak betul la.”

Amiza merungut lagi. Laju jari jemarinya menulis pesanan ringkas kepada Amri.

“Awak tolong pergi dari kolej ni. Saya takkan jumpa awak lagi. Cukuplah pagi tadi girlfriend awak dah serang saya. Saya datang sini untuk belajar, bukan berkawan dengan awak dan hadapi benda-benda bodoh macam ni. Tolong jangan ganggu saya lagi.”

******

Amri membuka pesanan ringkas kiriman Amiza. Tekadnya datang ke Kolej Mawar adalah untuk memujuk Amiza.

Amri mengeluh apabila selesai pesanan tersebut dibaca.

“I takkan pergi dari sini. I akan tunggu sampai you turun datang jumpa I. Please Amiza, datang jumpa I sekejap pun takpe. Bagi peluang I terang semuanya.”

Tidak sampai 1 minit, terdengar bunyi beep tanda terdapat pesanan masuk ke telefon bimbitnya.

“Saya takkan jumpa awak lagi Am. Please leave me. Saya takde kaitan lansung dalam kehidupan awak dan taknak lansung berkait dengan hidup awak.”

Amri mengeluh.

Telefonnya berbunya lagi, tetapi kali ini menandakan terdapat panggilan masuk.

“Mummy………”

Berkerut dahinya kehairanan. Mummy jarang menelefonnya kecuali jika terdapat hal penting.

“Yes mummy….”

“Am, where are you? Mummy on the way balik villa. Am balik sekarang. Mummy nak jumpa Am. Mummy ada hal nak discuss dengan Am. Cepat sikit.”

“Tapi mummy, Am ada kat UiTM. Ada hal sikit. Lewat sikit Am balik.”

“Mummy cakap balik, balik sekarang. Am da habis kelaskan? Jangan nak tipu mummy. Pasal perempuan kampung tu, Am da pandai tipu mummy ye? Balik sekarang…!!!”

“Mummy…. Mana ada. Am betul-betul ada hal.”

“No exuse….. Mummy tunggu Am. Am tak balik, tahulah mummy nak buat ape nanti.. tut tut tut”

Amri mengetap bibirnya. Amri pasti semunya angkara Anita. Pasti Anita telah datang berjumpa Mummy nya dan membuat cerita. Amri memandang sepi Kolej Mawar dan mula bergerak berlalu dari situ.

*****

Sampai sahaja di villa, Amri terus masuk ke rumahnya. Kelihatan Datin Maimun sedang menunggunya di ruang tamu.

“Mummy… apa hal yang penting sangat mummy nak jumpa Am ni?”

“This is your ticket to London. Mummy da siapkan semuanya di sana. Kemas semua barang-barang Am. Esok pagi flight Am.”

“Mummy… apa ni mummy? Am tak tahu apa-apa pun? Am kan study kat UiTM. Sekarang bukan cuti semester pun.”

“Mummy da register Am study di London. Mummy nak Am continue study di sana. Am pergi dengan Anita. Mumy taknak dengar apa-apa bantahan dari Am.”

“Mummy… kenapa? Ni mesti Anita cerita bukan-bukan ni. Please mummy, Am taknak sambung study kat sana. Am suka study kat UiTM. Please…….”

“No…. Am jangan cakap apa-apa lagi. Kemas barang-barang Am. Ikut cakap mummy atau mummy bagitahu diddy pasal Am yang da pandai menipu mummy sejak kawan dengan budak kampung tu. Atau Am nak, mummy minta kawan mummy failed kan exam that girl? Pilih mana satu… nak ikut cakap mummy atau budak kampung tu failed exam nanti?”

“Mummy……..”

Pasti tiada lagi pilihan. Amri takkan sesekali mengorbankan masa hadapan Amiza. Kakinya terus melangkah masuk ke bilik dan mula mengemas barang-barang untuk dibawa ke London.

^__^

jam menunjukkan tepat pukul 10.30pagi. ^__^ tapi, di Labuan da seperti jam 12tghhari-1ptg semenanjung. menakjubkan ciptaan-Nya. dari semalam saya merasa sangat takjub dan sangat terpegun dengan ciptaan-Nya. mungkin dari situ kan lahir keinsafan untuk diri saya...

Ya Allah, aku bersyukur dengan apa yang Kau berikan kepadaku. Terima kasih Ya Allah... dari pagi ke petang, ku lihat semuanya. kenikmatan Kau berikan.

sungguh terpesona saya melihat kecantikan dari atas kapal terbang. dari besar menjadi kecil dan semakin kecil. cantik sangat. melihat lautan terbentang luas, daratan yang dipenuhi hidupan... pokok2, manusia, rumah dan kereta yang memenuhi jalan raya. sungguh cantik...!!!

mungkin orang cakap... "ah!!! jakun bidak ni. mcm x pernah naik kapal terbang." hehehehe.... bukan x pernah, tapi, saya memang sensitif tentang hal2 begini. bukan hanya semasa menaiki kapal terbang... semasa naik feri pun saya akan berfikir dan menikmati keindahan itu. melihat lautan yang terbentang luas.

entah lah... ^__^

Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat yang Kau berikan. Terima kasih...

Hari Kedua.. @__@!

Selamat Pagi... ^__^ awal saya on9 tau ari ni. pukul 6 da ada depan lappy. hehehe... kat cni, pukul 6 pun da terang bederang macam kat Semenanjung sana. terik lagi. haih.... mematikan terus mood saya nak tido balik lepas en.suami pergi kerja.

pagi-pagi da berperang dengan baju kerja en.suami. 2 3 kali plak nak iron... @_@ pening kepalo den. susah2 sangat en.suami iron sendiri. agaknya baju uniform ni, kena macam tu kot. susah betul.

rumah en.suami mengadap taman dan stadium (agak2 je...sbb rupe mcm stadium) so... pepagi ni, leh cuci2 mata ckit sambil buat kerja. i like.... ^__^ ngadap kerja sat. jap g baru kemas2 umah.

nak tahu 1 rahsia tak? hehehe.... tapi, bukan la rahsia sangat... dah bertahun2 kawan, bertunang setaun dan kawen 8bln dgn en.suami, ni la first time saya tgk dia pakai uniform. hahahahahah... rasa melayang2 plak ari ni. selalu cuci mata tengok orang lain. ari ni, depan mata en.suami pakai uniform. gila macho.. smart gila. hahahhaa.... ades!!!!! sakit jiwo da.

ok la allz.... saya nak start buat kerja da. bye2... nnt saya update entry lagi.

Monday, September 19, 2011

Selamat Tiba... ^__^

Alhamdulillah... selamat tiba di rumah. bukan rumah kat Seremban, bukan di Pahang dan bukan di Kedah... tapi, di Labuan. ^__^ kuarters TUDM en.suami.

perghhh.... penat siot. lemah longlai rasanya. x suka naik kapal terbang tu. dari dulu sampai la sekarang, saya memang mcm fobia dgn tempat2 sesak dan kecik. mak aih... duduk 2 jam 25 minit dlm kapal terbang tu, buat nafas saya jadi sesak. xtau nak buat ape... ke kanan x boleh, ke kiri salah... semua serba tak kena. last2 tengok luar.... hitam jerk. da malam katakan... ^__^ serba x kena dibuatnya. mak aih... macam mane nak balik nanti ni. huhuhuh....

^__^ ok kawan-kawan, bagi peluang saya rehat erk? saya sangat-sangat letih. nnt saya update lagi.

Hari Pertama Bercuti... ^__^

Alhamdulillah, akhirnya hari ini tiba juga. Sekarang, saya di KLIA menunggu masa untuk terbang ke Labuan bersama en.suami. Sambil saje2 update entry ni, saya tengah cuci2 mata melihat kapal terbang berlepas. Alamak, bestnya kalau dapat tengok dekat2. hehehehe... jakun betul.

Hari pertama, macam biasa aje. Pagi2 da bersiap2 untuk check out dari Transit Jalan Semarak. en.suami kena lapor diri dan saya melihat macam mane proses lapor diri tersebut. Pagi2 lagi da tengok askar2 berbaris. syok gila cuci mata.... ^__^ and then, nama en.suami dipanggil, kami anta bagasi ke lori dan kami terus menaiki bas. Bas bertolak dari Transit lbh kurang pukul 11pagi. @__@! mengantuk. maklum lah, ujan gitu.

then, sampai je kami di KLIA, en.suami menunggu namanya dipanggil untuk ambil tiket. ^__^ check in dan kami terus ke McD. lapo gila... skarang, baru dpt on Mr.L dan Mrs.B.... nak buat keje ckit dan email sesuatu kepada seseorang. ok allzzz.... nnt saya update entry2 seterusnya.... :)

Sunday, September 18, 2011

Transit Jalan Semarak

kawan-kawan, sekarang saya berada di Transit Jalan Semarak.... sedang main internet, buat keje dan menonton tv. wow.....!!!!

esok, saya dan en.suami akan terbang ke Labuan. saya akan bercuti selama seminggu di sana. dan akan membuat kerja melalui internet sahaja. harap2 xde la problem. ni pun da ada beberapa perkara yang membuatkan saya mcm cedey nak tinggalkan bdk2 projek. mcm2 hal..... takut plak.

hai budak2 projek, yang penting kita bersatu... jangan sesekali kita mengalah. andai kita mengalah, maknanya habislah team kita.

mungkin saya nampak diam.... mungkin saya x pandai membodek... dan mungkin saya ni x nampak sepandai mana.... tapi, jangan sangka yang tenang tiada ributnya. saya x suka kalau ada insan2 tertentu merosakkan arrangement bdk2 projek. mereka ingat, kami ni hanya memikirkan 1 2 3 projek? bukan ssh pun... barang2 semua kita da ckp ape nak pesan... lain la kalau company2 besar, pandai2 la nak keluarkan dari progrrame yg dibuat. please la korang!!! jgn la rasa selesa sgt. korang ingat, kitaorg ni duk kat site goyang kaki ke? mana nak fikir hal site lagi, mane nak fikir mcm mane nak save kan cost company lagi.... mane nak dgr maki hamun org lagi... korang duk kat office, pegang telefon je kot. kadang2 kitaorg gak yg tolong telefon settle kan semua. haihhhh!!!!!! benci gile. kang bila mulut berbisa ni mula berbicara, sakit telinga korang.... pempaham sendiri la yerk.

esok mula cuti, tapi... entah la. maybe sifat workaholic tu betul kot... di mana saje, asyik ingatkan kerja aje. ^__^

Project Department IGSB... sabar ok!!!! kita kena bersatu.

Saksi Utama

apa la tu erk? ni nak buka satu cerita ni. pasal semalam kami on the way ke Bera.. sedang asyik berbual2 dengan en.suami, tetiba perhatian kami ke arah pakcik depan kami. Pakcik tu bawa motor agak laju. perhatian sebenar kami, adalah kerana di depan pakcik tu ada seekor anjing sedang ke kanan da ke kiri.

bila anjing tu ke kanan, anjing tu ke kanan... dan tetiba, agaknya pakcik tu da x boleh kawal motor dia, pakcik tu jatuh. yang saya rasa teruk tu, dia jatuh tang kepala dulu. mak aiii..... ngeri tengok dia jatuh. saya dan en.suami cepat2 berenti dan berlari ke arah pakcik tu. Astaghfirullahhalazim.... berdarah kepala dia. dan kepala dia macam lembik semcam. en.suami cakap jgn alih, takut leher dia patah. saya terus mendail 999 dan minta dihantarkan ambulan dengan cepat.

dalam tempoh menunggu ambulans tersebut, pakcik tu mula mengalihkan kepalanya dan bangun.. Alhamdulillah, kami pun rasa lega dan mula alihkan dia ke tepi. Dijadikan cerita, lalu la jirannya yg juga pekerja sebuah klinik kerajaan. angkat dan dia menghantar pakcik tersebut ke klinik. Lega kami....... dan saya membantalkan penghantaran ambulans tersebut. first time telefon 999.... ^__^

Ni kes kedua saya dan en.suami menjadi saksi utama kemalangan motosikal. entahla... semua orang perlu ada rasa tanggungjawab dan perhatian terhadap insan2 lain. contoh mcm anjing tu kan, kalau nak bela pun.... jgn la sampai menggangu mcm tu. nasib baik, hanya jatuh. kalau kami laju, x pasal2 kami langgar plak pakcik tu. x ke naya kan? Nauzubillah....

ok la... da hbs idea nak cerita. nanti2 kita update ye. sbb esok saya da mula bercuti. ^__^

Thursday, September 15, 2011

Kalut di Hari Khamis

Oh tidak... lupa esok Malaysia bercuti. saya je x cuti.... T_T banyak benda nak kena settle. oh tidak..... mcm mane nak settle semua benda ni sebelum saya bercuti.

Boss bekalkan saya Mr.Lappy dan Mrs.Broadband tuk saya ber communicate dgn bdk2 project. Bro Remy dah tarik nafas lega. ^__^ Jgn risau bro, saya tetap ada dengan kamu semua walau di mana saya berada. Yehaaa...!!!!

Jam da pukul 5.20pm... ada certain kerja masih belum disiapkan. Nampaknya, esok terpaksa la saya bekerja... orang sedang asyik bekerja, saya membanting tulang di Bera. huhuhu....

ok la allz... smoga cuti anda best!!!! ^__^

Wednesday, September 14, 2011

Wednesday... 14/9/2011

Alhamdulillah.... dapat juga saya meluangkan sedikit masa untuk meng 'update' entry ini. huhuhu... sgt2 sibuk before saya bercuti selama seminggu ke Labuan. nak selesaikan kerja dan menyerahkan tugas sebelum saya bercuti ke sana.

Nak ucapkan tq to boss (En. Hashim dgn Puan Shima) dan PM (En. Remy) sbb tukar my PC dgn laptop yang giler comei ni. pasni, I'll improve my works, InsyaAllah. so, cuti nanti laptop ni pun akan ikut terbang ke Labuan. ^__^

Life, macam biasa. Alhamdulillah, better dari hari ke hari. En. Suami pun masih ada di sini menemani hari-hari saya. lagi 1 minggu sebelum berpisah jauh... huhuhuhu... kerana tugas kami berpisah. Moga proses pertukaran dipercepatkan. Amin.....

Love to do my hobby again... playing badminton after 3 or 4 months tak buat benda alah tu. bz dgn my jobs. outstation dan keluar ke sana ke mari. hopefully, after this... semua akan ok.



Saturday, September 10, 2011

Happy Birthday To Me... ^__^

Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan NORSALMIZA MUHAMAD..
Allah selamatkan kamu...


Happy Bitrhday to me... ^__^

Alhamdulillah, masih lagi saya diberi peluang untuk menjalani kehidupan di muka bumi ini. Terima kasih Ya Allah. Akan ku cuba menjadi umatMu yang baik, yang sentiasa Engkau redhai... Amin...

Bangun je pagi ni, seperti biasa, en.suami memberi ciuman kasih sayangnya untuk saya. Specialnya ucapan Happy Birthday kali ni live tak macam sepeti biasa. ^__^ panjang je senyuman saya pagi ni. semangat nak g kerja... ^_^

Tq to allz my friends yang wish my birthday dan doa kesejahteraan saya... Semoga doa-doa anda dimakbulkan oleh Allah. Hanya Allah yang akan membalas semuanya.

To my family... love you allz. Abah, Ma..Ayah, Mak.. and my siblings. ^__^

To my Bro and Sis (Project department).... thanks keransa sentiasa sokong saya. membantu saya.. ^__^ sayang korang semua.


Thursday, September 8, 2011

C.I.N.T.A ~ Bab 5

*****

Amri memijak-mijak tin kosong di hadapannya. Dia menyisir rambutnya. Keresahan. Dia mahu memujuk Amiza sewaktu Amiza menangis. Dia mahu menyeka air mata yang jatuh di pipi Amiza. Tapi, langkahnya terhenti melihat Amiza bersama Mohd Helmi.

“Arghh..siapa lelaki bersama Amiza tadi? Mesra sungguh. Kenapa dengan aku dia jadi kaku?”

Berdebar-debar hatinya menahan sabar. Mahu sahaja dia menyerang andai akal tidak menghalang. Perasaan cemburunya mula menipiskan rasa sabarnya.

“Kenapa Amiza? Kenapa buat Am macam ni. Siapa dia tu? Kenapa Amiza tak mengadu pada Am? Istimewa sangat ke lelaki tu?”

Amri mula berlalu dari situ. Semakin lama dia melihat Amiza dan Mohd Helmi, semakin hilang sabarnya.

*****

“Am… I’m sorry. I mengaku I jealous tengok You keluar dgn that girl. Sorry sayang. I cuma tanya dia jer, bukan serang. Please, forgive me sayang…..”

Anita datang memujuk Amri ketika Amri sedang minum petang di cafeteria bersama kawan-kawannya. Amri melemparkan pandangannya ke arah Kolej Melati. Meluat dia mendengar pujukan Anita. Bukan sekali dua kejadian seperti pagi tadi terjadi. Anita seperti tidak boleh menerima kenyataan yang hubungan ‘teman tapi mesra’ mereka sudah berakhir. Kegedikkan Anita membuat Amri menjadi tidak selesa. Dia mencapai beg sandangnya dan mula beredar.

Anita mengejar Amri. Dia takkan berputus asa untuk memujuk Amri.

“Am… please, jangan la macam ni. You da mula abaikan I sejak you kenal budak kampung tu. Erk… sejak bila taste you jadi teruk ni. Please la… kalau you nak cari girl pun, cari la yang lagi bagus dari I…”

Am menghentikan langkahnya. Panas telinganya apabila Amiza dihina sebegitu. Hilang sabarnya dengan kata-kata Anita.

“Hey perempuan gedik, you ingat, you bagus sangat. Cantik sangat ke kalau make-up da macam tepung kurma. Cantik lagi makcik kafe tu la. Mulut busuk macam bau longkang, ada hati nak kutuk orang. Kalau you nak tahu, perempuan kampung tu 1000 kali lebih cantik, lebih baik dari you..”

Anita tergamam. Sungguh dia tidak sangka Amri akan memarahinya sebegitu. Lebih teruk lagi, Amri memarahinya dengan suara yang kuat di tempat awam. Mukanya kemerahan menahan malu. Terdapat begitu ramai pelajar sedang lalu lalang di situ.

“ You dengar sini Anita, I da muak dengan perangai gedik you. Lebih baik you jangan ganggu hidup I lagi. Walaupun, mama I baik dengan you, jangan harap you akan dapat I dengan senang. Hati I bukan untuk you”

Amri melangkah menuju ke keretanya. Hilang terus mood nya untuk hari ini. Enjin dihidupkan dan dia mula bergerak meninggalkan fakulti.


Note :

Idea datang dan pergi.... inipun disebabkan en.suami sakit kepala dan tdo awal. ada la sedikit masa dapat saya luangkan untuk mengupdate C.I.N.T.A..

kalau saya marah....

kalau saya marah........

1. saya akan buat muka masam mencuka.. buat muka menyampah. aku mula menjeling tanda x puas hati. haihhh.... muka saya ada mood pun, mcm org marah. ni kan plak kalau btl2 tgh marah...

2. aku akan mula hentak-hentak barang... tanda protes. dlm hati, aku hentak2 kepala orang tu.

3. saya mula rasa menyampah nak menjawab soklan-soklan org yang buat saya marah.... da la pendiam, bila marah...lagi pendiam. muka plak mencuka aje.

4. bibir saya bergetap tahan marah.... rasa mulut ni mcm jadi celupar je... cepat je nak menjawab apa org jawab. mulut ni mula la lancar je membidas. makin lama makin celupar... sound sana sound cni. dalam hati, kalau boleh tumbuk2 pijak2... memang da buat da.

5. dalam hati nak lempang je org yang buat saya marah tu.... xd otak ke malaun oi... vungukss!!!!

bila kita ada sifat dengki dalam diri

fuhhh.... best tak tajuk tu? ini sekadar hanya pandangan dari hati saya. rasanya sebagai manusia biasa, semua pun ada sifat dengki dalam diri memasing. tapi...hanya diri kita sendiri boleh mem'positif' atau me'negatif' kan semua itu.

sifat dengki positif... InsyaAllah, itu terbaik. sebabnya, bila kita ada sifat dengki positif tersebut, kita akan semakin berusaha untuk mencapai apa yang kita ingini. contoh paling senang, bila kita dalam satu kelas, tengok kawan-kawan dapat result lagi tinggi.... kita cemburu/dengki, kita akan fikir positif dan mula berusaha untuk menyaingi kawan-kawan kita tu. itu dikatakan sifat dengki yang positif....

tapi.......

sifat dengki negatif ni... amat buruk sifat itu. sifat dengki negatif ini kadang-kadang menyusahkan orang lain. kadang-kadang kita sanggup menjatuhkan orang lain untuk mencapai impian kita.... minta disimpangkan sifat itu dengan saya...janganlah saya ada sifat sedemikian. hidup ini umpama roda. kadang-kadang kita di atas, kadang kita di bawah. kita xtau masa akan datang. mungkin sekarang kita senang, kita kaya raya.... tapi, akan datang.... siapa yang boleh mengetahuinya kan? hanya Allah saja yang Maha Mengetahui. jika hari ini kita mempunyai sifat sebegini, mungkin hari lain, orang lain pula mempunyai sifat sedemikian. ari ini, kita jatuhkan orang lain, esok lusa, orang lain pula akan jatuhkan kita.....

setuju tak dengan apa yang saya katakan? kerana..... bukan hanya sekali, dua kali perkara ini terjadi dengan sekeliling saya... selalu terjadi. saya hanya berkongsi kisah. kerana zaman sekarang, Allah membalas cash terus di dunia... ^_^

Wednesday, September 7, 2011

I'm happy for her....


lepas penat ngadap 2 screen komputer/laptop ni... tangan saya ni gatal2 la search kat fb saya... dan terjumpa la... statement AIDA SYAZWANI is engaged. I'm happy to hear that... ^__^

Cik Siti Fatimah.... bila lagi? seorang da selangkah ikut saya. tinggal awak je lagi ni... cepat2 ckit.

C.I.N.T. A ~ Bab 4

*****
Mohd Helmi duduk termenung di meja study nya. Terbayang-bayang kemesraan di antara Am dan Amiza di kedai Sup Ani Utara tadi. Amiza tidak menyedari kehadirannya kerana asyik menjamu selera dengan Am.
Terasa hatinya bagai di siat-siat apabila melihat kemesraan Am dan Amiza. Terasa dirinya bagai dikhianati.


*****

Am terbaring mengadap siling biliknya. Tersenyum mengingati karenah Amiza semasa mereka makan sebentar tadi. Senyuman Amiza, renungan Amiza, semuanya terbayang-bayang di kepala Am.


“Arghhh… gila aku macam ni. Kenapa dia? Kenapa bukan orang lain?”


Sungguh dia betul-betul keliru dengan perasaan yang ada sekarang. Hatinya sentiasa berdebar-debar ketika bersama dengan Amiza. Rasa yang berbeza saat dia keluar dengan perempuan-perempuan lain.

*****
Sampai di biliknya, Amiza terus mencapai telefon bimbitnya dan mula menaip mesej kepada Mohd Helmi. Dia rindukan gelak tawa Mohd Helmi. Sudah hampir seminggu dia dan Mohd Helmi tidak bersua muka.


“Assalammualaikum.. Abg chat? Bz sgt ke dengan study?”

Amiza membaca kembali mesej yang ditaipnya sebelum dihantar kepada Mohd Helmi. Amiza membaringkan dirinya ssambil menunggu balasan mesej daripada Mohd Helmi.
Akhirnya, tanpa disedari, Amiza telah tertidur kerana keletihan.

*****
“Hei perempuan, siapa ko ye? Ko keluar dengan Am ye malam tadi? Ko jangan berangan-angan nak rampas Am dari aku. Ko tak layak. Budak kampong!!!”


Amiza terkesima. Sungguh, dia lansung tidak mengenali gadis tersebut. Apabila dia dan Mimi tiba di kampus, tiba-tiba tiga orang gadis menghampirinya dan salah seorang daripada mereka menengkingnya. Amiza menahan airmata kerana malu dengan orang-orang yang berada di sekelilingnya. Mereka memerhatikan setiap babak yang berlaku. Ada yang bersimpati dan ada juga seperti mengejeknya.

*****

Apabila tiba di kelas, Amiza terus menundukkan mukanya. Dia malu kepada kawan-kawannya. Terdengar bisikan-bisikan simpati dan ada juga yang mengejeknya.
Mimi dan Shidah hanya mampu menenangkan Amiza. Mereka memujuk Amiza supaya sabar dengan kejadian yang berlaku sebentar tadi.
Am masuk ke kelas bersama-sama tiga kawan rapatnya, Zakuan, Khairul dan Zulkarnain. Mata Am tertumpu kepada wajah Amiza. Dia berasa hairan dengan wajah muram Amiza. Am dan kawan-kawanya duduk di bahagian paling belakang. Dia terdengar bisikan salah seorang kawan lelaki di hadapannya lalu dia bertanya siapa yang memarahi Amiza. Lalu lelaki tersebut menjawab Anita, bekas tewan wanita yang memarahi Amiza pagi tadi.
Am melangkah menuju ke Amiza, tetapi langkahnya terbantut apabila pensyarah mereka masuk ke kelas. Sepanjang kelas, Am tidak dapat menumpukan perhatiannya. Ingatannya, hanya ingin memujuk Amiza.
Sementara itu, Amiza mendapat sms daripada Mohd Helmi untuk menemuinya di tingkat 7. Selepas habis kelas, Amiza terus meluru keluar tanpa menunggu Mimi dan Shidah seperti biasa. Dia mahu cepat-cepat bertemu dengan Mohd Helmi dan mengadu perihal masalahnya.

*****

Mohd Helmi merenung wajah muram Amiza. Dia menghantar sms untuk bertemu selepas mendengar khabar Amiza diserang oleh Anita. Mohd Helmi tahu, Anita merupakan bekas teman wanita Am daripada kawan-kawannya. Anita tidak berpuas hati dengan Amiza kerana mendapat tahu Amiza keluar makan bersama-sama Am.


“Sumpah abang Mie, kalau Iza tahu macam ni jadinya, Iza takkan keluar dengan Am. Kami keluar pun bersebab. Iza terpaksa menunaikan syarat Am sebelum Am nak pulangkan assignment Iza,”


Baginya tiada apa yang harus disurukkan daripada Mohd Helmi. Semua yang terjadi diceritakan kepada Mohd Helmi.
Mohd Helmi mendengar semua cerita Amiza. Tenang hatinya mendengar setiap cerita yang lahir dari mulut Amiza. Dibuangnya semua syak wasangka yang bersarang di hatinya. Amiza hanya tunduk menahan airmatanya.


“Sabar je la Iza. Tu makwenya si Am. Dia memang kuat cemburu. Tak boleh si Am tu nak berkawan dengan sesiapa pun. Tapi, slepas ni, Iza kene berhati-hati kalau nak keluar dengan sesiapa, ok? Abang taknak Iza macam ni lagi. Tak suka tengok Iza nangis-nangis macam ni,”

Mohd Helmi memujuk Amiza.
Amiza menyeka air mata yang mengalir di pipinya. Sunggu dia rasa tenang disamping Mohd Helmi.








Note:


Akhirnya berkesempatan update entry C.I.N.T.A... ^__^

Tuesday, September 6, 2011

saya sudah semakin gemuk!!!!

argghhhh...!!!!!! sshnya nak menerima kenyataan ini. saya sudah semakin gemukkkkk........ nak comei2 mcm dulu. nak pakai baju2 seluar2 kemeja2 dulu... aduh!!!!! tolonggggggg........... T__T


en.suami cakap saya da makin montel.... adik jemi cakap 'kak, akak da gemuk la. dulu, xd pun perut tu. ni da ada...' arghhhhhh!!!! tension nya saya dengar. skarang ni, da cepat penat. kejap je da sakit tumit. huhuhu.... sedeynya saya.


adakah kerana saya semakin senang hati? adakah kerana saya sudah berkahwin? adakah kerana umur saya semakin meningkat? atau.... adakah kerana keturunan? oh tidakkkkk!!! saya nak comei2 gevu2 macam dulu........


tekad nak exercise.... nak g jogging, kaki saya x brapa nak sihat. asyik terseliuh jerk. maybe kena tukar cara lain ni. maybe beli basikal... jalan2 kat taman.... any idea pleasee?


la ni tengah survey2 internet... ^__^ adalah dapat note2 berguna kalau saya nak kurangkan berat badan ni.... nak kena praktik kan ni... InsyaAllah.... chaiyo!!!! chaiyo!!!

Bekal untuk hari ini....

ari ni saya bawa bekal ke office.... ^__^ ni import dari kedah tau. hahahaha... air mineral tu mane2 leh dapat. yg sebelah mineral tu la...


sedap... meleleh air liur tau. saya beli 6 botol. hahahaha... ni kordial je.. air mineral tu tuk dicampurkan dgn kordial air asam tu la. jap g nak g buat air asam ni.... en.suami cakap saya peghak sbb x pernah jumpa air asam ni. T__T cedey tapi xper sbb beliau bagi green light saya beli 6 botol. 3 botol besar 3 botol kecil. 1 botol besar bagi ma dekat pahang. bagi family sana rasa plak.


ok la allz... nak g buat air asam jap. nnt jumpa kat next entry. ^__^







Monday, September 5, 2011

Eid 2011



Assalammualaikum.... ^__^

Syawal ke-7. Lama saya x update entry kan? bak kata org, semangat cuti raya, semua cuti. cuti fb, cuti blog, cuti keje, cuti on9.... semua cuti. fokus pada family dan persiapan raya.

Raya tahun ni, fair and square je. Raya di Pahang & Kedah. 29/08/2011... saya dan en.suami balik ke kampung di Pahang. da deal dgn en.suami, kalau dia nak balik Kedah lama, raya pertama di Pahang. so, en.suami setuju. sampai je, kami tolong ma dgn abah masak untuk juadah hari raya. bersilat kat dapur la... ma menyiapkan bahan-bahan masak. saya dan en.suami tukang kacau dan abah plak chef tukang komen... ^__^! tapi, mmg best la.

Raya pertama, mcm biasa. pagi-pagi bersiap macam biasa. tema tahun ni ungu lembut. sedondon.ececece.... romantik tak?

sedondon kan? hehehe... alamak, saya da smakin gemuk. alamak, kono diet ni. lomak2 ado di mano2 ni...

destinasi raya pertama adalah ke Raub, melawat kubur arwah atuk dan wan di Sg. Pasu. selepas tu, kami ke rumah Pak Ngah. disebabkan abah x brape nak sihat, kami x kemana-mana pun. hanya balik ke rumah. nak dijadikan cerita, raya ke-2, lbh kurang pukul 2.30pagi, ma kejut kami untuk hantar abah ke klinik. abah demam panas. masuk air 2 pain. kami di klinik sampai kul 7pg. tragedi raya ke-2... huhuhu... nak buat mcm mane kan. raya ke-2, saya dan en.suami hanya ke Bkt Mendi tuk jumpa kawan en.suami yg juga bercuti raya. malam lbh kurang pukul 10, saya dan en.suami bertolak ke Kedah.

Sampai di Kedah lbh kurang pukul 8 pagi. en.suami pula rasa x sedap badan. mcm nak demam katanya. saya pun suruh dia tido, rehatkan badan. petang tu, badan dia da start panas.... haih, berjangkit dgn abah kot. sampai malam.... en.suami xleh bangun. sampai ayah da suh anta gi hospital. adoi ai.... ape la nasib Aidilfitri kali ni. sedey betul. semua perancangan x menjadi.

sedih memang sedih... tapi, seronok tetap ada. dapat gak spent time dgn en.suami.... ^__^ xpe la, asal bahagia. kan? raya korang macam mane? ok tak?