*****
Amiza melangkah lemah menuju ke Kolej Mawar. Masih terngiang-ngiang di telinganya kata-kata Anita pagi tadi. Dia tidak menyangka Amri mempunyai teman wanita seperti Anita. Wanita yang miskin budi bahasa itu telah memalukan dirinya.
“Kesian Am. Kenapalah dia cari perempuan macam Anita tu jadi teman wanita. Am tu handsome, kaya pulak tu. Anita tu memang la kaya…tapi, miskin. Miskin sopan santun. Cantik pun sebab make-up je… haihhhh”
Sampai sahaja di biliknya, Amiza membaringkan dirinya. Tiada mood untuk melakukan apa-apa. Mohd Helmi berjaya menenangkan dirinya. Cepat sungguh berita memalukan sampai ke fakulti Mohd Helmi. Tersenyum mengingatkan kesungguhan Mohd Helmi memujuknya. Pandangan mata Mohd Helmi mencairkan amarahnya kepada Anita.
Tangannya meraba-raba di dalam beg sandang mencari telefon bimbitnya. Terdapat enam miscall dan 3 message terpapar di screen telefon bimbitnya.
“Am…….”
Amiza mengeluh. Kejadian pagi tadi betul-betul menyesakkan hatinya. Perit. Sungguh, dia tidak akan sesekali keluar lagi dengan Amri. Maruahnya tercalar dek kerana lelaki itu.
Tangannya menekan keypad inbox. Jarinya terhenti. Berbelah bahagi sama ada untuk membaca atau membuang terus pesanan dari Amri itu. Hati meronta akal memujuk. Akhirnya, jarinya menekan open.
“Amiza, please forgive me about Anita. I tak sangka dia sanggup serang you.I dengan dia dah lama clash. We’re friends. Dia jealous I keluar dengan you last night. Tolong pick up my call.”
Amiza mengeluh lagi.
Pesanan kedua dibuka.
“Amiza, kenapa you tak jawab I call you? Message I you lansung tak balas. You marah I lagi ke? I minta maaf. Please pick up my call or reply my message…”
Amiza memandang syiling. Hatinya berbelah bahagi sama ada untuk membalas pesanan ringkas Amri. Pesanan ketiga dibuka.
“Please Amiza, jangan buat I macam ni. I risau sangat.I ada dekat pagar Kolej Mawar. Sorry, I betul-betul risaukan you.”
Kedengaran pintu biliknya diketuk. Dengan rasa malas, Amiza membuka pintu biliknya. Hal Amri dan Anita masih menghantui kepalanya. Lagi-lagi perihal Amri menunggunya di pintu Kolej Mawar.
Seorang junior memberitahunya seorang mamat handsome menunggunya di pintu pagar Kolej Mawar. Pasti mamat hansome itu adalah Amri.
“Arghh… biarlah dia menunggu. Aku tak suruh dia datang pun. Dah la menyusahkan aku. Semak betul la.”
Amiza merungut lagi. Laju jari jemarinya menulis pesanan ringkas kepada Amri.
“Awak tolong pergi dari kolej ni. Saya takkan jumpa awak lagi. Cukuplah pagi tadi girlfriend awak dah serang saya. Saya datang sini untuk belajar, bukan berkawan dengan awak dan hadapi benda-benda bodoh macam ni. Tolong jangan ganggu saya lagi.”
******
Amri membuka pesanan ringkas kiriman Amiza. Tekadnya datang ke Kolej Mawar adalah untuk memujuk Amiza.
Amri mengeluh apabila selesai pesanan tersebut dibaca.
“I takkan pergi dari sini. I akan tunggu sampai you turun datang jumpa I. Please Amiza, datang jumpa I sekejap pun takpe. Bagi peluang I terang semuanya.”
Tidak sampai 1 minit, terdengar bunyi beep tanda terdapat pesanan masuk ke telefon bimbitnya.
“Saya takkan jumpa awak lagi Am. Please leave me. Saya takde kaitan lansung dalam kehidupan awak dan taknak lansung berkait dengan hidup awak.”
Amri mengeluh.
Telefonnya berbunya lagi, tetapi kali ini menandakan terdapat panggilan masuk.
“Mummy………”
Berkerut dahinya kehairanan. Mummy jarang menelefonnya kecuali jika terdapat hal penting.
“Yes mummy….”
“Am, where are you? Mummy on the way balik villa. Am balik sekarang. Mummy nak jumpa Am. Mummy ada hal nak discuss dengan Am. Cepat sikit.”
“Tapi mummy, Am ada kat UiTM. Ada hal sikit. Lewat sikit Am balik.”
“Mummy cakap balik, balik sekarang. Am da habis kelaskan? Jangan nak tipu mummy. Pasal perempuan kampung tu, Am da pandai tipu mummy ye? Balik sekarang…!!!”
“Mummy…. Mana ada. Am betul-betul ada hal.”
“No exuse….. Mummy tunggu Am. Am tak balik, tahulah mummy nak buat ape nanti.. tut tut tut”
Amri mengetap bibirnya. Amri pasti semunya angkara Anita. Pasti Anita telah datang berjumpa Mummy nya dan membuat cerita. Amri memandang sepi Kolej Mawar dan mula bergerak berlalu dari situ.
*****
Sampai sahaja di villa, Amri terus masuk ke rumahnya. Kelihatan Datin Maimun sedang menunggunya di ruang tamu.
“Mummy… apa hal yang penting sangat mummy nak jumpa Am ni?”
“This is your ticket to London. Mummy da siapkan semuanya di sana. Kemas semua barang-barang Am. Esok pagi flight Am.”
“Mummy… apa ni mummy? Am tak tahu apa-apa pun? Am kan study kat UiTM. Sekarang bukan cuti semester pun.”
“Mummy da register Am study di London. Mummy nak Am continue study di sana. Am pergi dengan Anita. Mumy taknak dengar apa-apa bantahan dari Am.”
“Mummy… kenapa? Ni mesti Anita cerita bukan-bukan ni. Please mummy, Am taknak sambung study kat sana. Am suka study kat UiTM. Please…….”
“No…. Am jangan cakap apa-apa lagi. Kemas barang-barang Am. Ikut cakap mummy atau mummy bagitahu diddy pasal Am yang da pandai menipu mummy sejak kawan dengan budak kampung tu. Atau Am nak, mummy minta kawan mummy failed kan exam that girl? Pilih mana satu… nak ikut cakap mummy atau budak kampung tu failed exam nanti?”
“Mummy……..”
Pasti tiada lagi pilihan. Amri takkan sesekali mengorbankan masa hadapan Amiza. Kakinya terus melangkah masuk ke bilik dan mula mengemas barang-barang untuk dibawa ke London.
wahhhhh!semakin menarik...next entry pliss=)
ReplyDelete