Wednesday, September 7, 2011

C.I.N.T. A ~ Bab 4

*****
Mohd Helmi duduk termenung di meja study nya. Terbayang-bayang kemesraan di antara Am dan Amiza di kedai Sup Ani Utara tadi. Amiza tidak menyedari kehadirannya kerana asyik menjamu selera dengan Am.
Terasa hatinya bagai di siat-siat apabila melihat kemesraan Am dan Amiza. Terasa dirinya bagai dikhianati.


*****

Am terbaring mengadap siling biliknya. Tersenyum mengingati karenah Amiza semasa mereka makan sebentar tadi. Senyuman Amiza, renungan Amiza, semuanya terbayang-bayang di kepala Am.


“Arghhh… gila aku macam ni. Kenapa dia? Kenapa bukan orang lain?”


Sungguh dia betul-betul keliru dengan perasaan yang ada sekarang. Hatinya sentiasa berdebar-debar ketika bersama dengan Amiza. Rasa yang berbeza saat dia keluar dengan perempuan-perempuan lain.

*****
Sampai di biliknya, Amiza terus mencapai telefon bimbitnya dan mula menaip mesej kepada Mohd Helmi. Dia rindukan gelak tawa Mohd Helmi. Sudah hampir seminggu dia dan Mohd Helmi tidak bersua muka.


“Assalammualaikum.. Abg chat? Bz sgt ke dengan study?”

Amiza membaca kembali mesej yang ditaipnya sebelum dihantar kepada Mohd Helmi. Amiza membaringkan dirinya ssambil menunggu balasan mesej daripada Mohd Helmi.
Akhirnya, tanpa disedari, Amiza telah tertidur kerana keletihan.

*****
“Hei perempuan, siapa ko ye? Ko keluar dengan Am ye malam tadi? Ko jangan berangan-angan nak rampas Am dari aku. Ko tak layak. Budak kampong!!!”


Amiza terkesima. Sungguh, dia lansung tidak mengenali gadis tersebut. Apabila dia dan Mimi tiba di kampus, tiba-tiba tiga orang gadis menghampirinya dan salah seorang daripada mereka menengkingnya. Amiza menahan airmata kerana malu dengan orang-orang yang berada di sekelilingnya. Mereka memerhatikan setiap babak yang berlaku. Ada yang bersimpati dan ada juga seperti mengejeknya.

*****

Apabila tiba di kelas, Amiza terus menundukkan mukanya. Dia malu kepada kawan-kawannya. Terdengar bisikan-bisikan simpati dan ada juga yang mengejeknya.
Mimi dan Shidah hanya mampu menenangkan Amiza. Mereka memujuk Amiza supaya sabar dengan kejadian yang berlaku sebentar tadi.
Am masuk ke kelas bersama-sama tiga kawan rapatnya, Zakuan, Khairul dan Zulkarnain. Mata Am tertumpu kepada wajah Amiza. Dia berasa hairan dengan wajah muram Amiza. Am dan kawan-kawanya duduk di bahagian paling belakang. Dia terdengar bisikan salah seorang kawan lelaki di hadapannya lalu dia bertanya siapa yang memarahi Amiza. Lalu lelaki tersebut menjawab Anita, bekas tewan wanita yang memarahi Amiza pagi tadi.
Am melangkah menuju ke Amiza, tetapi langkahnya terbantut apabila pensyarah mereka masuk ke kelas. Sepanjang kelas, Am tidak dapat menumpukan perhatiannya. Ingatannya, hanya ingin memujuk Amiza.
Sementara itu, Amiza mendapat sms daripada Mohd Helmi untuk menemuinya di tingkat 7. Selepas habis kelas, Amiza terus meluru keluar tanpa menunggu Mimi dan Shidah seperti biasa. Dia mahu cepat-cepat bertemu dengan Mohd Helmi dan mengadu perihal masalahnya.

*****

Mohd Helmi merenung wajah muram Amiza. Dia menghantar sms untuk bertemu selepas mendengar khabar Amiza diserang oleh Anita. Mohd Helmi tahu, Anita merupakan bekas teman wanita Am daripada kawan-kawannya. Anita tidak berpuas hati dengan Amiza kerana mendapat tahu Amiza keluar makan bersama-sama Am.


“Sumpah abang Mie, kalau Iza tahu macam ni jadinya, Iza takkan keluar dengan Am. Kami keluar pun bersebab. Iza terpaksa menunaikan syarat Am sebelum Am nak pulangkan assignment Iza,”


Baginya tiada apa yang harus disurukkan daripada Mohd Helmi. Semua yang terjadi diceritakan kepada Mohd Helmi.
Mohd Helmi mendengar semua cerita Amiza. Tenang hatinya mendengar setiap cerita yang lahir dari mulut Amiza. Dibuangnya semua syak wasangka yang bersarang di hatinya. Amiza hanya tunduk menahan airmatanya.


“Sabar je la Iza. Tu makwenya si Am. Dia memang kuat cemburu. Tak boleh si Am tu nak berkawan dengan sesiapa pun. Tapi, slepas ni, Iza kene berhati-hati kalau nak keluar dengan sesiapa, ok? Abang taknak Iza macam ni lagi. Tak suka tengok Iza nangis-nangis macam ni,”

Mohd Helmi memujuk Amiza.
Amiza menyeka air mata yang mengalir di pipinya. Sunggu dia rasa tenang disamping Mohd Helmi.








Note:


Akhirnya berkesempatan update entry C.I.N.T.A... ^__^

1 comment:

Korang... meh la tinggalkan comment. nanti saya comment entry korang plak. ^___^ tq.