*****
Amri memijak-mijak tin kosong di hadapannya. Dia menyisir rambutnya. Keresahan. Dia mahu memujuk Amiza sewaktu Amiza menangis. Dia mahu menyeka air mata yang jatuh di pipi Amiza. Tapi, langkahnya terhenti melihat Amiza bersama Mohd Helmi.
“Arghh..siapa lelaki bersama Amiza tadi? Mesra sungguh. Kenapa dengan aku dia jadi kaku?”
Berdebar-debar hatinya menahan sabar. Mahu sahaja dia menyerang andai akal tidak menghalang. Perasaan cemburunya mula menipiskan rasa sabarnya.
“Kenapa Amiza? Kenapa buat Am macam ni. Siapa dia tu? Kenapa Amiza tak mengadu pada Am? Istimewa sangat ke lelaki tu?”
Amri mula berlalu dari situ. Semakin lama dia melihat Amiza dan Mohd Helmi, semakin hilang sabarnya.
*****
“Am… I’m sorry. I mengaku I jealous tengok You keluar dgn that girl. Sorry sayang. I cuma tanya dia jer, bukan serang. Please, forgive me sayang…..”
Anita datang memujuk Amri ketika Amri sedang minum petang di cafeteria bersama kawan-kawannya. Amri melemparkan pandangannya ke arah Kolej Melati. Meluat dia mendengar pujukan Anita. Bukan sekali dua kejadian seperti pagi tadi terjadi. Anita seperti tidak boleh menerima kenyataan yang hubungan ‘teman tapi mesra’ mereka sudah berakhir. Kegedikkan Anita membuat Amri menjadi tidak selesa. Dia mencapai beg sandangnya dan mula beredar.
Anita mengejar Amri. Dia takkan berputus asa untuk memujuk Amri.
“Am… please, jangan la macam ni. You da mula abaikan I sejak you kenal budak kampung tu. Erk… sejak bila taste you jadi teruk ni. Please la… kalau you nak cari girl pun, cari la yang lagi bagus dari I…”
Am menghentikan langkahnya. Panas telinganya apabila Amiza dihina sebegitu. Hilang sabarnya dengan kata-kata Anita.
“Hey perempuan gedik, you ingat, you bagus sangat. Cantik sangat ke kalau make-up da macam tepung kurma. Cantik lagi makcik kafe tu la. Mulut busuk macam bau longkang, ada hati nak kutuk orang. Kalau you nak tahu, perempuan kampung tu 1000 kali lebih cantik, lebih baik dari you..”
Anita tergamam. Sungguh dia tidak sangka Amri akan memarahinya sebegitu. Lebih teruk lagi, Amri memarahinya dengan suara yang kuat di tempat awam. Mukanya kemerahan menahan malu. Terdapat begitu ramai pelajar sedang lalu lalang di situ.
“ You dengar sini Anita, I da muak dengan perangai gedik you. Lebih baik you jangan ganggu hidup I lagi. Walaupun, mama I baik dengan you, jangan harap you akan dapat I dengan senang. Hati I bukan untuk you”
Amri melangkah menuju ke keretanya. Hilang terus mood nya untuk hari ini. Enjin dihidupkan dan dia mula bergerak meninggalkan fakulti.
Note :
Idea datang dan pergi.... inipun disebabkan en.suami sakit kepala dan tdo awal. ada la sedikit masa dapat saya luangkan untuk mengupdate C.I.N.T.A..
No comments:
Post a Comment
Korang... meh la tinggalkan comment. nanti saya comment entry korang plak. ^___^ tq.